Fresh from the owner...

21 March 2010

A friend's wedding...

To Ahmad Sapawie bin Rokman dan pasangannya, Nor Shafinaz bt. Hj. Mohd. Tohah yang telah selamat melafazkan ikrar, ijab dan kabul untuk sehidup semati pada tanggal 6 Mac 2010 dan majlis sambut menantunya pada 14 Mac 2010... kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga bahagia ke akhir hayat dan tabah menghadapi hidup berumahtangga yang penuh dugaan berserta cabaran.

Kami sekeluarga memohon beribu kemaafan kerana tidak dapat menghadiri majlis menyambut menantu di Gambang. Bukan malas nak pergi ye... tapi ada aral lain yang melintang. En. Hubby saya ni tak sihat. Macam manalah nak berjalan-jalan. Sedangkan nak melayan karenah anak manja dia pun dia tak larat, ni kan pulak nak berkejar-kejaran dengan si Alya tu nanti. Huhu...

Kami ni teringin sangat nak pergi. Berharap sangatlah dapat pergi sebenarnya. Tapi kuasa Allah ni siapalah yang tahu. kita pun cuma merancang tapi yang menentukan pun DIAlah. Dah berminggu-minggu sakitnya. Mungkin kesan supplement yang dia ambik tu. Tekananlah, anginlah... semua penyakit keluar. Sampai tak boleh nak tidur malam.

old time memory...huhu...

Akak ni dik, excited... teruja nak pergi! Yelah... kita kawan pun dah lama. You’ve helped me a lot. So, I’m looking forward for this day. Tapi tu la... tak boleh buat apalah kalau kami diuji begini. Tak boleh nak pergi jugak walaupun hati tu teringin sangatlah nak ke sana berjumpa dengan pengantin yang masih baru-baru gitu!!! Apa pun, kami tetap berharap agar kita boleh berjumpa lagi walaupun ekau dah kahwin. Friendship remains... Hope the best to both of you...

Take care little bro...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign