Fresh from the owner...

28 March 2010

Boleh tak... dan Pergilah bermain Sayang!!!

Ni dialog iklan Milo. Pinjam kejap ye. Bukan apa. Sekarang ni kan ke cuti sekolah. And the kids are having so much fun. Especially yang kena pergi extra class. Macam pergi sekolah jugaklah. Bangun pagi-pagi and then siap-siap nak ke sekolah. Bila extra class habis, dia orang bukan main lagi.

Cuaca sekarang a bit windy pulak tu. Kalau main layang-layang pun bagus jugak. Tapi last week budak-budak ni dah main layang-layang sampai rosak layang-layang tu dibuatnya. My daughter, Alya pun nak main jugak tapi dia kan kecik lagi. Tambahan dengan cuaca panas kering ni... tak sesuai untuk dia.

Zaman Alya dengan zaman ibunya ni jauh berbeza. Apatah lagi dengan abahnya yang toooo protective and banyak sangat protocolsss as well as pantang larangss. Serabut ibu ni dibuatnya! Yang, jangan marah ek?! Huhu...

suka dapat main pasir...

Panas kering sekarang ni boleh buat budak-budak demam. Alya pulak suka sangat nak explore. Kalau kaki jejak keluar dari pintu rumah tu, dia tak ada lainlah. Nak main itulah... inilah... which her father some times forbid her to do. At this kinda age... she wants to learn and explore new things.

Macam ni lah. Bila dia tengok cousins dia main senapang and duduk atas rumput, dia nak jugak. Tapi nak main pasir la kan. Bila nak ambik je dia... she’s so smart and said: ‘Tak main dah. Alya kan pakai selipar.’ Tapi the problem is, dia suka duduk tengah panas. Nak ‘tan’kan skin dia tu agaknya. Ini pun kira oklah ni. Duduk tempat teduh. Tapi main pasir secara sembunyi.

Alya’s skin sensitive sikit. Pada aku, mainlah as long as tak memudaratkan dia. Tapi the father will say other wise. If anything happen to his daughter, nanti panjang pulak syarahannya yang mana aku malas nak dengar. Sebabnya nanti aku mulalah nak naik angin. Serba-serbi tak boleh. Huhu... Tapi selalunya hati je cakap macam tu.

explore pasir...

Niat the father baik. Tapi budak-budak ni kita bukan boleh sekat sangat. Menghalang kreativiti dia. The father tak mahulah anaknya cedera. Calar-balar sana-sini. Kena kutu ‘cik bi’ macam cousins dia yang lain. Baring atas rumput, adalah kutu ‘cik bi’ menyinggah kejap lagi. Tapi Alya ni just like her father. Like father like daughter. Baru dia tahu macam mana rupa paras sia masa kecik dulu. Sampai kadang-kadang tu tak terlarat nak tengok betapa aktifnya si kecik dia ni. Huhu...

Anak perempuan dah serupa macam anak lelaki. Ana phenin la!!! ana phenin!!! Hahaha...

Anis yang happy sokmo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign