Fresh from the owner...

05 March 2010

Blog yang hebat... milik saya!!!

ni entri syok sendiri ke? siap mengaku lagi blog aku paling best, hebat segala. siapa aku nak tentukan blog aku paling best? oppsss... jangan emosional. tapi kalau kita tak kata yang blog kita best siapa lagi nak kata kan? lagi pun tu blog kita, suka hati kitalah. orang lain boleh kata macam-macam pasal blog kita tapi kita lagi tahu apa istimewanya blog kita tu. tak semestinya tak ada followers blog kita tak bagus. betul kan? itu kita yang tentukan. bila blog kita tak ada followers, ada jugak yang gelabah, putus harapan... tak best ke blog aku ni sampai orang tak nak baca? sedihnya...

time tu la timbul rasa malas nak berblog. tapi kita kena tahu la apa tujuan asal kita berblog. i read so many blogs pagi ni. macam-macam ada. anak-anak tidur boleh la jengah2 blogs yang ada. tapi betul la macam sorang blogger ni kata, kalau nak attract orang tak semestinya blog tu kena fancy-fancy (walaupun aku suka tengok yang fancy-fancy tapi bukanlah fancy sangat. pening kepala nanti. hohoho...). tapi cukuplah dengan tajuk entri or susun atur dalam body blog tu sendiri.
ni entri my daughter masa masuk ICU

ada jugak yang aku tengok and sempat baca blogs yang tu colorful. poning mato makcik!!! hahaha.. tapi tu hak masing-masing. ada orang boleh terima. ada orang tak boleh. bergantung pada orang yang membaca. aku pun ada blog yang tak berapa fancy tapi cukuplah untuk menyenangkan jiwa raga aku kalau nak lepas tension. terlalu colorful menganggu sedikit... kan? kan? kan?

blog aku yang ni pun asalnya fancy jugak. tapi bila fikir-fikir, fancy-fancy ni boleh buat jiwa dan hati saya ni terbakar. especially kalau guna brukbang... memang mencabar keimanan. loading slow. kadang-kadang tu macam tak nak keluar pics. tu la yang buat cursor mouse terus ke tanda 'X' tanpa berfikir panjang.

jangankan blog orang lain... blog aku sendiri kalau jadik camtu aku 'X'kan tanpa segan silu. menyampah nak tunggu lama-lama. daripada nak tulis entri, langsung tak tulis apa-apa sebab sakit hati. ni experienced aku sendiri. banyak kali dah jadik macam tu. in the end, aku tukar pada plain template. minima. tak ada la nak serabut-serabut lagi kepala dengan benda alah yang tak sepatutnya.

inilah rupa blog aku sekarang...

macam tak ada kerja kan?
amik pic blog sendiri...

okaylah tu. tapi kalau still nak go on dengan fancy stuff, terpulang. kalau guna streamyx mungkin tak ada masalah downloading. brukbang ni kadang-kadang tu memang sengal tahap gabanlah. apa pun... blog yang hebat adalah bila mana kita menghargainya seadanya. kita tak pandang rendah pada blog sendiri dan tak kisah dengan apa yang orang kata kerana kita menulis atas keinginan diri kita. untuk kepuasan diri sendiri. kalau ada followers, tu bonus. kalau tak ada pun tak apa kan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. entri yg boleh memotivasikan diri sendiri untuk terus berblog..

    ReplyDelete
  2. selamat siang menikmati sangat anda web site, menulis dengan baik lihat juga saya di http://www.bahasaindonesia.pokersemdeposito.com/ pada texas hold em poker online
    alasan untuk Indonesia yang buruk saya
    terlihat bagus

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign