Fresh from the owner...

04 March 2010

Blog saya tak menarik ke? Tak cukup bagus?

Aku actually terpanggil untuk tulis pasal ni. Setakat ada kesempatan ni, aku tengok ramai jugak bloggers bertanya: Blog aku bagus tak? Or ada jugak blogger yang tulis pasal entri: Macam mana nak jadikan blog anda menarik... tak pun Cara untuk dapatkan traffik... atau Menulis blog dengan betul and so many lagilah.

Jadi aku terfikir jugaklah... apa sebenarnya tujuan kita berblogging? Nak dapatkan trafik banyak? Nak buat duit? (kalau yang ni lain cerita la kan... tujuan dia pun for money!) Or kita berblog sebab kita suka berblog? Apa reason lain lagi? Reasons banyak tapi bergantung pada kitalah nak tentukan sebab apa kita berblog. Cuma aku curious jugaklah. Masing-masing berblog sebab nak carik duit ke? Tu ke tujuan sebenar blog ni di adakan? Tapi macam aku cakap... tu pendirian masing-masing...


Aku berblogging pun because I love to write. Aku pun keluaran Masscom majoring in Publishing which involve dengan books and stuff. My passion for writing started when I was still a kid. Masa tu umur dalam 10 tahun la kot. Sekolah rendah lagi. Tapi masa tu tak dapat pendedahan. Tulisan budak-budak pun macam hampeh sikit la. Aku ada jugak tulis short stories masa zaman kanak-kanak tu tapi manuskrip dah hilang entah ke mana. Dah berpuluh tahun berlalu kan? Mana ada simpan lagi dah.

My blog is about me. About who am I. About things yang berlaku disekeliling... about my passion in writing and about so many stuff yang melibatkan aku dan sekitarku dan kawan-kawanku. Huhuhu... Pada aku, blog ni macam diari. Pada akulah kan... Kalau orang tulis dalam buku, kita tulis kat blog. Kat sini macam-macam kita boleh tulis. Kalau suka... bacalah. Kalau tak suka nak kata macam mana.

Selain daripada laman sosial yang kita boleh update status 24/7... kita boleh guna blog untuk update pasal diri kita. Mana tahu ada kawan-kawan yang kita dah lama tak jumpa, bila checked blog je dia orang tahu apa yang berlaku. Macam my case, aku share my feelings masa my youngest daughter masuk ICU for 10 days and warded another 4 days. Bukan nak buat apa pun. Cuma nak kongsi-kongsi cerita. Some may like it... others don't. Terpulang pada diri masing-masing. Betul tak Pn. Rose??? Hehehe...

Cute je blog ni...

Yang ni simple....

Citarasa kita pun berbeza. Ada yang suka fancy background dengan all sorts of widgets. Ada yang suka simple. Ada yang suka humour, ada pulak pilih serius macam politik. Ada yang suka baca pasal personal life. Tu hak masing-masing la kan... Macam kita dalam dunia nyata la jugak. Bukan semua yang kita buat ni akan menyenangkan semua orang. Mesti ada jugaklah yang terasa or rasa tak puas hati dengan kita. Itu biasa.

For me... berbloglah selagi mampu. Bacalah apa yang kita mahu. Buatlah ikut kata hati. Cuma jangan buat yang tak elok sudahlah. Hak masing-masing untuk dikongsi. Pada yang suka... akan terus mengikuti. Pada yang tidak, mereka akan berhenti dan lari. Selagi ada minat... go ahead. Hohoho...

Pendapat kita mungkin berbeza dan mungkin juga sama. Mungkin ada benar dan mungkin ada tidaknya. Segala-galanya mungkin. Setiap apa yang kita lakukan adalah untuk renungan kita bersama. So... berbloglah dengan hati senang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Betul tu, setiap org ada tujuan masing2... ada yg suka2 nak kongsi cerita/pengalaman dan ada juga yg ada tujuan lain sperti buat duit or cari kenalan dan sbg nya...
    For me, traffic tu penting gak utk memberi motivasi berblogging, kadang2 kalau kita tulis blog tapi takde org baca pun kita rasa mcm tak best gak... nak jugak dgr apa pendapat org lain dlm komen tu pasal entry yg kita buat... apa2 pun berblogging la mengikut minat sendiri...

    ReplyDelete
  2. salam..

    suke baca entry ni. mase mula² sy masuk dunia blogging ni, memang selalu duk pk ada ke org bace apa aku tulis ni? ade org suke ker? or org tak suke?

    but now dh tak peduli dh. kita menulis utk kepuasan diri kita. tp jgn la pulak syok sendiri sebab kita trdedah kpd public :D

    setuju sangat dgn jeff. traffic sgt pnting. niat sbnr kita mgkin la bkn utk dpt duit, but it just a side income, hasil dr susah payah org yg memang spend most of the time dkt blog die.

    so tepuk dada ty la selera ;)

    ReplyDelete
  3. betul jgk...tapi sy ade blog private yg sy x open kt sesape pn...tp kalo open tu tujuannya utk org kngsi2 la kan...

    berblog utk dpt side income..smbl menyelam minum air...setuju la jgk..

    ReplyDelete
  4. hehehe...betul Pn. Sal........asal sy sebab sy rasa penulisan terbuka ni menarik, mcm diary tapi kita berkongsi dengan semua org...walaupun akhirnya ada jugak banyakkk yg kita tak boleh kongsikan....tp yg penting....kita happy....:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign