Fresh from the owner...

22 March 2010

Bila si kecil membantu ibu!!! Hmmm...

Ini Alya. Umurnya 2 tahun 24 (13 Mac 2010) hari. Makcik kecik ni memang rajin la. anak manja Abah ni. Time aku tengah cuci sotong, dia pun ada sama. Nak main air je lebih ni. Sambil-sambil tu tolong menyibuk...

“Apa ni bu?” Alya bertanya.
“Apa ni?” Aku tanya dia balik.
“Udanglah!” Jawab si kecik ni.
“Bukan udanglah. Sotong!”
“Sotong apa ni?”
“Sotong nak masaklah.”


And the conversation went on... tapi dalam pada tu tangan dia capai sekor sotong. Dia tengok macam mana aku cuci, dia pun nak cuci jugak. In the end, hampir lunyai sotong tu di‘kerja’kannya.

cucilah Sayang! kasi putih sotong tu ek?! hehehe..

Aku nak cuci, dia pun sama nak cuci. Geram jugak tapi aku tahu dia pun tengah belajar something. Geram bukan apa... air sotong tu kan ke hanyir. Silap-silap boleh menyebabkan kulit dia gatal sebab kulit makcik kecik ni sensitif sikit. Tapi dah dia nak sangat menolong, biarkanlah.

sotong kedua yang dicuci Alya

Tak elok menyekat perkembangan budak-budak kan? Especially this kinda age. Masa ni perkembangan dia tengah pesat. They learn and they adapt and also imitate. Alya is a fast learner. Kalau bawak berjalan, orang akan tanya umur dia. Makcik ni kecik je orangnya. Tapi mulut bukan main lagi... Huhu...

Bila anak-anak nak belajar sesuatu jangan kita sekat kreativiti mereka. Lainlah kalau apa yang dia orang buat tu membahayakan diri sendiri. tu kena fikir sendirilah. Selagi tidak membahayakan, then let them be tapi still have to look after them. Kids at this age love to ask questions... jadik jawab sajalah ye...

main air la paling si kecik ni suke...

Parents... enjoy kan watching anak-anak membesar depan mata?!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign