Fresh from the owner...

02 March 2010

Bila anak-anakku...

sejak kebelakangan ni selalu sangat my hubby and I bawak the kids pergi hospital or clinic. lepas sorang, sorang sakit. musim sakit agaknya sekarang ni. Alya still dengan flunya. si kecik tu kalau dah kena flu lambat sikit nak baik pulih. kena pulak sekarang ni cuaca very the panas and she loves to play outside. kadang-kadang kesian jugak dengan dia. budak-budak kalau dah bagi main kat luar rumah, mulalah nak main pasir. and Alya ni pulak kulitnya sensitif. tangan kanan dia selalu je kena scabs. memang tak pernah nak hilanglah scabs dia tu. kalau hilang pun tak lama. next two days muncullah biji-biji air tu di telapak tangan kanannya semula. kesian kat dia la sebab kalau dah kena scabs ni gatal satu tangan.

ubat??? clinic dah bagi. hospital pun dah bagi. nak sapu 1 badan tu payah sikit. bukannya boleh sapu pun. tengah-tengah lasak ni, tak sampai seminit sapu dah hilang ubatnya. antibiotik pun dah makan tapi macam tak ada kesan pun. bila guna air daun jambu batu baru la nampak perubahan sikit. tapi tu la.. kadang-kadang si ibunya ni pulak yang lupa. bukan lupa diri okay!!!

Anis baru je bail dari demam. meragam sikit la bila cuaca panas and dia pun rasa panas and tak sedap badan. bila menangis, kita pun tak tahu nak buat apa. dia bukan boleh cakap pun. baby lagi. apa yang dia tahu? kalau tak sedap badan ke or sakit ke... menangis je la dia. tu uyang buat ibunya pun ada rasa-rasa nak menangis sama sebab tak tahu nak buat macam mana lagi. dia pun tidur sekejap-sekejap je. masa dia sebulan dua, kalau demam dia memang tak meragam. bila dah besar sikit ni meragam boleh tahan.

tambahan pulak lepas elok je demamnya, dia macam ada masalah dengan breathing la pulak. dah bawak ke hospital tapi the MA (doc tak ada hari ahad) kata everything's ok. lungs dia semua ok. Anis kalau sakit memang la kami risau lebih. si kakaknya sakit pun risau. tapi kakaknya tak ada history macam si adik. Anis kan ada sejarah masuk ICU sebab pneumonia. bila dia ada heavy breathing memang risau sangat la. kalau sakit kat luar tu boleh la kita tengok. nampak macam mana rupa sakitnya. kalau dah benda tu jadik dalam badan? kita bukanlah pakar bab tu. kalau pakar tu tak apalah jugak.

tapi setiap kejadian tu ada hikmah di sebaliknya. kami percaya! cuma antara sabar dengan tak je la. kalau sabar, besar la pulak ganjarannya. and the father pulak diserang 'angin' satu badan. malam-malam couldn't sleep as well. nak tolong pun tak boleh sebab angin dalam badan bukan senang nak hilang. sama ada ni kesan produk yang dia ambil or memang dia nak kena sakit tu... tak tau la. tapi sejak dia ambik supplement tu, makin banyak angin yang keluar. mungkin jugak kesan supplement kot. we'll see la nanti.

and aku ni pulak... dah lama tak update blog sebab busy with the kiddo yang tak berapa sihat including the father yang sama naik dengan anak-anak. ni la baru ada kesempatan melayan FB including this blog. kalau tak... dua tiga patah perkataan... anak-anak dah sibuk mintak perhatian. huhuhu..

above all, i'm happy to be me and a mother to two beautiful angels as well as a wife to a loving husband... love you darls!!! love you lots...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign