Fresh from the owner...

23 March 2010

Alya roasted!!! Nak cuba???

Adoiii la...!!! Ni kisah si Alya dan sepupunya, Amirul. Both of them lahir tahun sama tapi beza bulan je. Alya bulan 2 and Amirul ni bulan 9. Ada masa, dia orang baik bukan main lagi. Kalau kena time bergaduh... huh!!!

Dia orang ni macam kembar la. kalau minggu ni minggu kemenangan Amirul (yang mana, this boy akan memukul or buat apa-apa je la kat Alya), next week turn Alya pulak (time ni Alya akan gigit or cubit mamat kecik ni...). Tapi Alya pandai. Dia mengaku kalau dia buat.

“Siapa buat Iyul nangis ni?” Ni kalau ibu saudara or datuknya or abahnya yang tanya.
Alya akan jawab: “Alya.”
“Kenapa buat Iyul?”
“Alya buat cikit je.” Tu la jawapan dia selalu bagi.
Kalau tak pun, lepas dia gigit ke cubit ke... and mamat kecik tu menangis, dia akan pujuklah. “Alah, sikit je! Sikit je! Dah! Dah!” Nak buat macam mana kan? Huhu...

Ni minggu dia mengemas dapur. Bukan mengemas ni. Tapi lebih pada nak panggang diri sendiri. masing-masing ambik loyang aka bekas kuih yang ada kat dapur tu and duduk di dalamnya. Macam ni la jadiknya budak dua orang ni. Masuk dalam avon boleh la jadik Alya roasted!!! Aduhai anak...!!!
jap lagi kena bakar la si kecik dua orang ni...huhu..

Alya roasted for sale! anyone???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. 1 for me pleaseeeeeeeeee....ahahahahaha

    ReplyDelete
  2. ok..ok..siap..to be posted or dine here???huhu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign