Fresh from the owner...

12 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 5~

“Ayah beri Along pinjam sebab Along cakap nak pulangkan balik dalam masa seminggu ni. Tapi Nisa tak rasa Along akan pulangkan. Yang lepas-lepas pun Along cakap macam tu juga. Tak ada pun Along pulangkan balik,” Anisah memprotes dalam diam.

“Dah berapa banyak Along guna duit ayah?” dia masih ingin tahu. Masih belum puas mengetahui kebenarannya itu.

“Banyak juga. Tapi yang ni lah paling banyak. Nisa tahu ayah sedih. Walaupun ayah tak tunjuk sangat, tapi Nisa tahu. Bukan senang nak dapat peluang pergi sana. Sudahnya Along hancurkan harapan ayah macam tu saja. Nisa pun tak tahulah. Tak kasihan ke Along tu dengan ayah?” Dia pula mengeluh.

Hisyam... Hisyam... Raya Aidilfitri yang baru lalu pun ayah sambut dengan rasa hiba. Hisyam sudah tiga tahun berjanji untuk pulang berhari raya bersama-sama ayah. Puas ayah menunggu namun kelibatnya tak juga muncuul tiba. Hanya setelah ditelefon barulah Hisyam menyatakan dia tidak dapat pulang kerana si isteri mahu menyambutnya bersama keluarga.

Tidak dapat berpisah lama dari keluarga sendiri katanya. Suami jenis apakah Hisyam? Sekalipun dia bukan anak kandung ayah, tapi dia tetap mahu ayah bahagia. Hidup senang. Melakukan apa saja yang diingininya selagi ada hayat. Dia berusaha keras bagi memastikan impiannya tidak sia-sia.

Dia tidak mahu ayah berasa sunyi tanpa ibu di sisi. Dia mahu melakukan segala-galanya untuk ayah. Dia cukup berpuas hati andainya ayah berasa gembira. Dia sudah cukup terhutang budi dengan ayah kerana menjaganya dengan baik selama 28 tahun ini.

Ayah banyak mengajarnya menjadi manusia. Memberikan pendidikan secukupnya walaupun dia cuma anak angkat. Tapi ayah tetap ayah. Tidak pernah membezakan. Jauh sekali memilih kasih.

“Jadi ke ayah ke Mekah tahun ni? Dari dulu lagi ayah nak ke sana kan? Ayah kata, tahun ni dapatlah ayah pergi. Macam mana? Jadi ke?” sengaja dia bertanya walaupun dia sudah tahu perihal yang sebenarnya.

Ayah terdiam seketika. Senyuman terbit juga di bibir tua itu. “Hmmm... tak jadilah agaknya. Siapa nak jaga Anisah nanti kalau ayah pergi? Lembu-lembu ayah tu pun tak ada orang nak jaga. Susah juga.”

“Anisah kan dah besar. Dah masuk ‘U’ pun ayah. Saya akan tengok-tengokkan dia nanti. Lagipun, adik-beradik yang lain ada. Ayah tak payah risaulah. Lembu-lembu tu pun kita boleh minta orang tolong jagakan.”

“Tak apalah Ri. Tak ada rezeki ayah untuk pergi sana agaknya tahun ni. Insya-Allah, tahun depan bolehlah ayah jejakkan kaki ke rumah suci Allah tu,” dalam maksud yang cuba ayah sampaikan.

Dia cukup memahaminya. Melihat wajah tua ayah membuatkan dia berasa tidak sia-sia berbakti kepadanya. Jernih wajah ayah walaupun seribu kedukaan beraja di hati. Ayah tetap tersenyum walaupun terkilan dengan sikap anak lelaki sulungnya. Ah, ayah!

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign