Fresh from the owner...

05 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 1~

3rd time published dalam MW


Usianya sudah menginjak ke angka 28. Sudah berkerjaya. Sudah memiliki hampir segala-galanya. Cuma belum berpunya. Bukannya dia tidak mahu berkahwin.

Dia juga mahu membina keluarga sendiri. Namun masih ada keinginannya yang belum tertunai. Dia akan memikirkan tentang hal yang satu itu setelah tercapai apa yang diimpikan.

Seperti orang lain, dia juga punya keluarga. Walaupun sekadar menumpang kasih, dia tetap gembira. Sekurang-kurangnya dia masih diberi kesempatan untuk merasai kasih sayang itu walaupun bukan datang dari keluarganya sendiri.

Dia cuma anak angkat. Menyedari hakikat dirinya yang sebenar, dia tidak pernah meminta-minta. Jauh sekali bersikap kurang sopan dengan ibu bapa angkatnya itu.

Mereka juga cukup baik kerana sudi menerimanya menjadi ahli keluarga. Dia sedari kecil telah diberitahu tentang status dirinya yang sebenar. Keluarga angkatnya tidak pernah berselindung dan berahsia.

Kata mereka, lebih baik dia tahu sedari awal. Mereka tidak mahu menunggu lama kerana khuatir dia mengetahui hal itu dari orang lain dan kemudiannya menyalahkan mereka.

Layanan dan kasih sayang yang diterima dari keluarga angkatnya itu tidak pernah kurang. Dia tetap diberi pelajaran seperti anak-anak kandung mereka yang lain.

Dia cukup bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kerana kasih sayang itulah dia mampu menjawat jawatan ini sekarang. Ini juga berkat doa ibu dan ayah. Dia sememangnya bertuah. Cukup betuah.

Dalam pada dia rasa bertuah itu, dia tidak begitu disenangi oleh adik-beradik angkatnya. Daripada enam orang, hanya dua yang agak rapat dengannya. Hanif dan si kecil Anisah. Kedua-duanya menghiburkan hati.

Ada kalanya dia kecil hati juga dengan layanan yang diterima daripada adik-beradik yang lain. Seboleh mungkin dia cuba menjaga hati mereka namun tidak dipedulikan. Malahan kata kejian dan makian sentiasa singgah di cuping telinganya itu. Mahu dikata apalagi? Redha sajalah dia.

Harapannya, satu hari nanti hati mereka akan terbuka untuk menerimanya menjadi ahli keluarga. Dia tidak pernah meminta. Cukuplah dengan menganggap dirinya sebagai ahli keluarga sudah terlalu bahagia rasanya.

Hubungan dia dan anak sulung keluarga angkatnya, Hisyam, itu sentiasa berlangsung dalam keadaan tegang. Tapi dia berusaha untuk mengalah. Tidak guna memanjangkan cerita. Sudahnya nanti menjadi pendendam pula dia.

Walau sekesat mana sekalipun kata-kata yang dituturkan, dia rela. Dia tidak mahu ayah dan ibu tahu tentang perbalahan mereka. Biarlah mereka saja yang tahu. Itu lebih baik.

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign