Fresh from the owner...

30 January 2010

What a day!!!

Semalam pergi pasar malam Rumah 500. Ingatkan nak beli barang sikit. Tudung ke... crocs ke... Tapi satu pun tak boleh nak buat. Nak tengok lama-lama pun tak boleh. Sempat beli sepasang selipar pink untuk Alya dengan crocs warna biru. Tu la jugak tujuannya nak ke sana. Nak cari kasut barang sepasang dua untuk si minah kecik aku tu.
Selipar Hello Kitty color pink!

Crocs biru Alya...

Bukan dia tak ada selipar. Tapi dah tinggal sebelah pun selipar yang my MIL belikan untuk dia. Entah siapalah yang buang keluar selipar tu, aku pun tak tahu. Masih menjadi misteri kehilangan selipar tu. Budak-budak kat rumah ni bukan boleh dipercayai sangat. Marah kat kucing, dia orang nampak ada selipar, terus dibalingnya kucing tu dengan selipar.

Missing!!! Anda siapa-siapa jumpa sila hubungi... huhu..

Bila tanya siapa buat hilang... of courselah semua tak mengaku. Boleh gitu??? Huh!! Tapi tak apa. Dah beli pun yang baru. Cuma crocs tu la macam besar sikit dengan kaki dia. Bila dah keluar dengan budak-budak ni bukan boleh buat apa jugak. Nak beli barang pun susah.

Tak terlarat dek abahnya nak kejarkan si Alya. Nak ikut dia memang penat sikit. Haha... BAru abah dia tahu. Macam mana dia masa kecik macam tu jugaklah 'menurun' ke anaknya. Alya very active. Perhh...!!! Panjat-memanjat, jatuh katil, kerusi... dah merasa dah. Benjol, lebam biru... memang lengkaplah. Like father like daughter. Huhu...

Kalau nak beli barang-barang kena sabar banyaklah dengan budak-budak ni. Adiknya pulak nak tidur, jadik bila bawak berjalan tu macam nak meragam tak meragam jugaklah. Sudahnya semalam, sempat beli kasut Alya dengan barang makanan je la.

And pagi ni pun sama jugak. Walaupun tak bawak adiknya tapi bawak kakaknya pun dah cukup lelah. Tapi tak kisahlah... janji ada dia orang walaupun penat sikit dah cukup membahagiakan. Dah nama pun anak-anak. Doa-doakanlah agar dia orang jadik orang yang beriman dan solehah.

Amin!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign