Fresh from the owner...

25 January 2010

Tak boleh tidur ke???

Sekarang ni dah pukul 5.05 pagi. Pagi okay!!! Bukan petang. Kejap-kejap kena tengok my kiddo yang dua orang tu. Takut berlaku 'pelanggaran'. Si kakak kalau dapat ruang luas, habis diconquernya. Jadik untuk elakkan kemalangan, kenalah tengok-tengokkan selalu. The father kalau dah tidur, anak pun kena lanyak jugak. Huhu... Tapi malam-malam, Alya tak berapa nak sangat dengan abahnya. Makin pujuk abahnya, makin kuat pulak dia menjerit. Lagi haru jadinya nanti.

Aku pulak tension dengan huruf d kat my laptop ni. Entah apalah yang ditekannya encik hubby aku sampai huruf d tu kena tekan kuat betul baru la keluar hurufnya. Kalau tak, memang habislah. Dah tu kena re-check pulak. Manalah tahu, tekan-tekan rupanya huruf d tu tak keluar. Entah macam manalah nak dibaca tulisan-tulisan dalam ni.

Nampak tak pic yang aku tempelkan kat sini? I loike this pic. Huahuahua... Macam cute gitu kan? Aku jumpa ni kat satu web. Tanpa segan silu, aku pun downloadlah untuk aku jadikkan cenderahati buat diri aku sendiri. This pic is about friendship. Tapi zaman sekarang ni ada kawan makan kawan. Susah jugak. Dah kenal lama pun tetap nak carik pasal jugak. Bila dah jadik camtu nak buat macam mana? Iskiskisk...

Banyak yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi tahu jelah, dengan ketensionan terhadap d ni, nak menulis pun stuck!!! Lagi pulak mata dah start jam. Dah tersengguk depan lappy ni. Nanti aku sambung semula lepas aku bangun ok... Kalau aku teruskan jugak menaip, entah apalah yang bakal aku post. Kalau aku tak faham apa yang aku post, korang ingat korang boleh faham ke??? Ngeee...

Gotta go dulu la... Cau cin cau....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign