Fresh from the owner...

27 January 2010

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 4~

Titisan-titisan air jernih membasahi bantal namun tak dipedulikan.

Ibu sendirian kini. Sedih hati ibu hanya Dia yang mengetahui. Apakah kesudahannya antara ayah dan ibumu ini anakku? Nia menyeka titisan airmata yang mengalir. Ibu ingin merasakan kasih sayang ayahmu itu. Mampukah ibu mendapatkannya? Mampukah ibu terus bertahan?

Dalam keadaannya begitu, Nia seolah-olah merasakan ada kucupan lembut di dahinya. Lama. Dan airmatanya mengalir lagi tanpa dapat ditahan. Perasaan ibukah itu?

“Hei... kenapa ni?!” suara Irfan kedengaran. Sepantas itu juga terasa jari-jemari lelaki itu menyeka titsan air yang mengalir.

Perlahan Nia membuka mata. Pandangan terasa kabur. Menyedari Irfan di sisi, dia memalingkan muka. Sudah lamakah dia di sini?

“Nia...” lembut panggilannya. Kedua belah tangan lelaki itu diletakkan di kiri dan kanan tubuhnya. Nia menelan liur. Airmata yang masih bersisa disekanya dengan tapak tangan.

“He’s perfect. Comel macam ibunya,” kata-kata Irfan menambahkan rasa sebak dihati. “I just called our parents. Panik sangat tadi sampai terlupa nak call. Mereka sampai petang nanti. Seronok tengok si comel sampai terlupakan Nia. Nak apa-apa ke?”

Nia cuba mengawal rasa namun segalanya sia-sia. Aku tak pernah ada dalam hatinyakah? Airmata tetap mengalir tanpa dapat ditahan walaupun dia berusaha untuk mengawalnya. Irfan tidak perlu tahu tentang perasaannya sekarang.

“Hei... kenapa ni?!” risau nada suaranya. Nia menggeleng.

“Tak ada apa-apa.”

“I know you Nia. Kalau betul tak ada apa-apa... look at me.” Nia tidak berpaling.

Dalam keadaan emosinya yang tidak stabil bagaimana dapat dia memandang wajah Irfan. Segala rahsianya akan terpamer di hadapan lelaki itu. Itu yang dia tidak mahu.

“Nia...” serunya perlahan.

Panggilan itu hanya mengundang tangisan berpanjangan dari Nia. Entah kenapa, perasaannya terlalu sukar dikawal. Ketika dia cuba mengawal tangisannya, dia merasakan dirinya ditarik rapat ke tubuh lelaki itu.

Ah, Irfan merangkulnya erat! Seolah-olah tak mahu dilepaskannya lagi. Saat ini dia merasakan dirinya disayangi Irfan walaupun hakikat sebenarnya tidak seperti itu. Di dada Irfan dilepaskan segalanya. Pelukan lelaki itu makin kejap.

“Maaf!” ucapan yang tidak disangka keluar dari mulut si suami.

“Sepanjang perkahwinan kita, Nia banyak makan hati dengan abang. Abang bertindak mengikut kehendak sendiri. Tak pernah mahu memikirkan perasaan Nia. Dan abang tahu Nia banyak bersabar dengan karenah abang.” Nia terpana.

Tiada lagi penggunaan ‘aku’ dan ‘engkau’ seperti yang biasa digunakannya. ‘Aku’ kini sudah berganti dengan ‘abang’. Berubahkah dia? Tapi kenapa? Irfan menarik nafas panjang.

“Abang bertindak menguji Nia. Tapi ujian abang keterlaluan. Abang tahu tu. Tapi abang mahukan teman hidup yang inginkan abang kerana abang. Bukan kerana apa yang abang miliki.”

“Abang dah penat mencari Nia. Penat mencari orang yang mahu menerima abang seadanya. Dengan Nia, abang rasa lain.” Irfan masih memeluknya erat. Mengelus lembut rambutnya. Sedangkan Nia masih berusaha mengawal tangisan. Mendengar luahan Irfan hanya menambah kesedihannya.

“Harus abang akui. Abang mengahwini Nia semata-mata kerana desakkan mak dengan abah. Alasan yang sama Nia mengahwini abang kan? Tapi abang luahkan rasa geram dan marah abang pada Nia. Dan Nia sabar dengan layanan yang abang berikan. Itu yang banyak membuka mata abang.”

Irfan merenggangkan pelukan. Diseka airmata yang mengalir di pipi si isteri dengan lembut. Hari ini, dia akan meruntuhkan tembok yang memisahkan mereka selama ini. Tembok yang sengaja dibina agar perasaannya tak dilukai walaupun ia melukakan hati orang lain.

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign