Fresh from the owner...

22 January 2010

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 2~

Keputusan Irfan tak mengecewakan harapan ibu bapa kedua-duanya. Mereka diraikan dalam majlis yang cukup meriah memandangkan Irfan anak sulung Haji Zahari dan dia sendiri anak bongsu Haji Sulaiman.

Namun kemeriahan majlis itu tidak mampu menceriakan hatinya sendiri. Berpura-pura gembira sedangkan dalam hati berantakkan. Jika itulah perasaanya, bagaimana pula dengan Irfan?

Tiga bulan tinggal sebumbung dengan lelaki itu, kehidupan mereka tetap tidak berubah. Irfan dengan kehidupannya dan dia dengan kehidupannya sendiri. Walaupun dia berusaha merapatkan jarak ruang yang ada, usaha yang dilakukan tidak menampakkan sebarang hasil. Irfan sengaja tidak mahu memberikan kerjasama.

Walaupun mereka tetap makan semeja, namun itu tetap tidak merapatkan hubungan mereka yang sedia renggang. Sudah hilang dayanya untuk menambat hati lelaki itu.

“Dah lapan bulan Nia dengan Irfan kahwin kan?” soalan ibu mertuanya sedikit mengejutkan Nia. Irfan cuma tersenyum.

Sudahlah ibu dan bapa mertuanya datang mengejut. Kini ada lagi kejutan yang bakal diterima. Nia hanya mengangguk.

“Mak teringin nak menimang cucu. Mesti comel anak-anak Nia dengan Irfan nanti kan? Nia tak ada tanda-tanda lagi ke?” soalan cepumas yang hampir membuatkan Irfan sendiri tersedak.

Nia sendiri merasakan darah pantas menyerbu ke mukanya. Panas. Irfan tidak pernah menyentuhnya selama lapan bulan perkahwinan mereka itu. Tanda-tanda apakah yang ibu mertuanya inginkan?

“Belum ada rezeki lagi mak,” sepantas itu juga Irfan menyelamatkan keadaan.

Macam mana nak ada rezeki? Aku cuba nak berbaik-baik, engkau jual mahal sangat. Ngomelnya dalam hati. Tapi untuk menyalahkan Irfan seratus peratus tak mungkin juga.

Irfan pernah menyatakan dulu sama ada dia bersedia menerima layanan yang diberikan. Dia sendiri redha dengan segalanya. Kini dia nak menyalahkan siapa? Diri sendiri yang perlu dipersalahkan. Ah... pening!

“Mak tak minta banyak dengan kamu. Sementara mak dengan abah masih hidup ni, teringin juga mak nak bermain-main dengan cucu sendiri.”

“Nak harapkan adik-adik kamu Irfan, entah bilalah mereka tu. Tak tahulah sempat ke mak dengan dia orang tu. Kamu ajelah harapan mak dengan abah.” Nia menelan liur. Bagaimanalah rupa Irfan agaknya? Lebih terasakah dia? Tapi untuk apa dia terasa sedangkan ini jalan yang dipilihnya sendiri. Jalan yang menuntut Nia terus bersabar.

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign