Fresh from the owner...

05 January 2010

CINCIN TANDA ~part 2~

Siapa sangka dalam berkawan dia sebenarnya sukakan Iskandar tanpa disedari. Untuk menolak perasaan tu Faiza rasa tak mungkin. Sudah terlanjur menyukai biarlah ia kekal di sudut hati yang paling dalam.


Sejak bila dia sukakan lelaki itu? Entah. Dia sendiri tak ada jawapan untuk soalan tu. Yang pasti, dia cukup gembira menerima cincin tanda dari Iskandar. Itu saja. Tapi perasaan tu takkan kekal lama.


Bila mengenangkan ada insan lain di hati Iskandar, sedikit sebanyak itu menggugat perasaannya sendiri. Bakal kecewakah dia? Keputusan telah dibuat. Faiza cuma ingin berjumpa Iskandar sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Gagang telefon diangkat. Nombor telefon Iskandar ditekan dengan penuh debar.


Tut…tut…tut…


“Hello,” lembut aje suara di hujung talian.


Perempuan? Salah nombor ke aku ni? Atau ini gadis yang berjaya mencuri hati lelaki itu? Sudah berterus-terangkah dia dengan gadis ni? Ah, dia kecewa! Benar-benar kecewa. Perkara yang tak diduga.


“Err… hello! Boleh cakap dengan Iskandar?” Faiza cuba mengawal rasa gugupnya.


“Iskandar? Sekejap ya.” Dia mendengar dengan jelas betapa lembutnya suara perempuan itu memanggil Iskandar sedang dia berjuang dengan perasaan sendiri. Aku tewas sebenarnya!


“Hello,” suara Iskandar kedengaran..


“Boleh saya jumpa awak petang nanti? Tempat biasa. Saya ada hal nak bincangkan dengan awak,” Faiza masih cuba berlagak tenang.


“Ija? Err… kenapa ni!?” Risau bunyinya.


“Petang nanti. Waktu biasa. Bye.”


Dia tak mampu menahan rasa sedihnya. Bercakap lama-lama cuma menambah rasa kecewa. Faiza menahan tangis. Aku takkan menangis! Untuk apa hantar cincin tanda andai hati tidak pada orang yang menerima? Kenapa mesti dia yang aku suka? Kenapa tak orang lain? Kenapa mesti dia yang mengucar-kacirkan perasaan aku? Kenapa?


Saat ini kekuatan diri dirasakan goyah. Hatinya umpama kaca terhempas ke lantai. Berderai


bersambung...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. aikkkk. aritu bace yg finale dulu rupenye. hehe.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign