Fresh from the owner...

04 January 2010

CINCIN TANDA ~part 1~

(First published dalam MW)

Cincin tanda pemberian Iskandar digenggam erat. Dia punya masa seminggu untuk memikirkan tentang lamaran lelaki itu. Menerima atau menolak? Dia sendiri sukar untuk membuat keputusan. Menerima maksudnya derita. Menolak…? Entahlah.

Mak sudah bertanyakan keputusannya semalam sedangkan dia masih lagi berfikir. Dia yang perlu menentukan masa depannya sendiri. Tersilap pilih alamatnya hancurlah masa depan. Iskandar?

Lelaki itu bukan baru dikenalinya. Dia membesar bersama-sama lelaki itu. Segala suka dan duka pernah dikongsi bersama. Sekarang nak berkongsi hidup pulak? Pening kepala jadinya nanti. Keputusan macam mana yang harus dia buat? Menerima atau menolak? Ikut kata orang tua? Arrghhh…! Pening!

“Is tu kan baik orangnya. Auntie As tu berkenan sangat dengan Ija, sebab tu dia mintak Is hantar rombongan meminang,” lembut kata-kata tu mak tuturkan membuatkan dia rasa bersalah.

Datin Asmah tu mintak ke menyuruh? Takkan Iskandar tu nak masuk meminang sedangkan dia tengah gila bayang dengan orang lain? Bahagiakah hidup kalau buat keputusan kerana terpaksa? Akan deritakah dia nanti andai diketahui hati Iskandar bukan miliknya? Berbaloikah dia berkorban segalanya? Berbaloikah?

“Ija fikirlah masak-masak. Pihak Iskandar tu bagi tempoh seminggu untuk Ija fikir. Gunakanlah tempoh tu sebaik-baiknya,” itu kata mak sebelum meninggalkan dia sendirian.

Mak dengan Datin Asmah tu kawan baik. Berkawan dari zaman anak dara sampailah sekarang. Sebab tu dia kenal Iskandar. Mungkin sebab dah biasa tengok dia, Datin Asmah pun dah tak nampak oang lain. Mak kata, Datin Asmah nak mengeratkan lagi ikatan yang dah sedia ada. Entahlah. Tak tahu dia nak cakap apa.

Faiza renung cincin tanda pemberian dari pihak Iskandar. Lelaki tu pun tak telefon bertanyakan jawapannya. Kalau betul dia buat sebab dia nak, dia akan telefon. Nampak sangat cuma maknya yang berminat bukan anaknya.

Hati tenanglah! Dia bingkas bangun. Cincin tanda diletakkan di atas meja. Dia memerlukan petunjuk dan hanya Dia Yang Satu mampu membantu. Moga-moga beroleh ketenanganlah hati ni. Wuduk diambil.

******************

Saat-saat macam ni Faiza terkenangkan Iskandar. Tempoh seminggunya hampir tamat namun Iskandar tak sekalipun menelefon. Dia perlu berbincang dengan Iskandar sebelum keputusan dibuat. Tapi macam mana?

Iskandar pun macam tak berminat nak tahu keputusan yang akan dia buat. Macam mana dia nak tahu apa perasaan lelaki tu? Susah betullah. Cincin tanda itu direnung untuk kesekian kalinya.

“Saya harap dia tahu yang saya sukakan dia,” kata-kata Iskandar masih terngiang-ngiang di telinga.

“Kenapa awak tak berterus-terang aje? Itukan lebih baik dari terus pendam apa yang awak rasa,” kata nasihat dari orang yang tidak pakar. Pakar sakit jiwa mungkin kot! Hehehe… Faiza gelak dalam hati.

Iskandar merenungnya dan dia tunduk. Tidak selesa direnung sebegitu. Jantungnya berdebar kencang. Macam baru lepas race 100m. Ah, kenapa pulak ni?! Tak pernah-pernah rasa macam ni. Takkan…? Isshh… janganlah sampai aku suka dia sudah. Kes berat nanti.

“Bukan tak mahu berterus-terang. Saya nak cakap tapi saya nampak dia macam tak berminat aje. Saya takut dia menolak. Kecewalah saya nanti. Lagipun saya dah lama sukakan dia. Tinggi harapan saya. Itu yang saya takutkan,” tutur Iskandar jujur.

“Dia dah berpunya ke? Entah-entah awak sukakan orang yang dah berpunya.”

“Awak dah berpunya ke?” Tambah kencang larian jantungnya. Apa pulak kaitannya dengan aku?

“Belum! Tapi apa kena-mengena dengan saya?”

“Tak adalah. Dia pun belum berpunya. Itu saya pasti sangatlah.”

Dia mengeluh. Takkan senang-senang Iskandar nak lupakan orang yang disukainya? Dah lama pulak dia suka budak tu. Gila! Atau aku yang gila sebenarnya?

“Siapa gadis yang awak suka tu?” Dia pandang Iskandar. Saja nak risik-risik cerita.

“Awak akan tahu jugak satu hari nanti,” itu jugalah jawapan yang sering dia terima setiap kali bertanyakan tentang gadis pujaan hati Iskandar tu. Perahsia sangat. Susah benar nak cakap.

Keputusan? Apa yang dia nak bagi tahu pada mak nanti? Apa pulak kata Datin Asmah? Apa keputusan aku sebenarnya? Walaupun jawapan untuk keputusan tu jelas tapi dia masih was-was. Kalau Iskandar masih ingat tentang lamarannya dan menelefon, tak adalah Faiza sekalut ini. Menerima atau menolak?

Cincin tanda digenggam erat lalu dibawa ke dada. Seolah-olah membawa diri Iskandar jauh ke dasar hatinya. Lenyapkanlah ketidaktenangan ini. Faiza memejamkan mata. Tidurlah. Semoga ketenangan menantiku di sana. Faiza tersenyum sebelum terlena.

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign