Fresh from the owner...

05 January 2010

CINCIN TANDA ~finale~

Ketika tiba di tempat yang dijanjikan, Iskandar sudah sedia menunggu. Dalam debar dia melangkah menghampiri lelaki itu. Segala kekusutan akan terlerai hari ini. Jawapannya juga akan diberikan hari ini. Bersabarlah Faiza. Hadapilah situasi ini dengan tenang. Iskandar menoleh sebaik saja dia tiba di bangku yang berhadapan dengan tasik itu.

Begitulah dia. Umpama air tasik. Tenang di permukaan sedangkan di dalam berantakan. Dan lelaki ini masih kekal dengan ketampanannya. Lengan kemeja dilipat separas siku. Pakailah apa pun. Kalau dah handsome tu, handsome juga. “Dah lama sampai?” Permulaan yang dirasakan agak baik.


“Baru jugak. Kenapa awak nak jumpa saya? Penting sangat ke?” Macam tak suka jumpa aku je. Tak apalah! Lepas ni engkau takkan jumpa aku lagi.
Faiza telan liur. Kata-kata akukah itu?


“Saya nak bincangkan pasal kita. Pasal lamaran awak tu. Tapi sekarang saya rasakan itu tak lagi perlu. Saya datang untuk beri jawapan atas lamaran awak tu,” dia gugup sebenarnya. Iskandar diam.


Dalam keadaan itu, dia meraih tangan Iskandar. Cincin tanda yang dipegang sejak tadi bertukar tangan. Jawapannya jelas. Lamaran lelaki itu ditolaknya walaupun dia tahu itu bukan kehendak hati dan diri sendiri.


Faiza tidak mahu ada yang menyesal kemudian hari. Menerima dan melakukan sesuatu atas paksaan. Dia lakukannya demi kebahagiaan bersama. Bahagiakah?


“Apa maksud semua ni? Saya tak faham,” renungan lelaki itu menusuk terus ke dasar hati.


“Saya tak layak untuk cincin tu. Saya sedar, lamaran awak tu pun semata-mata nak jaga hati mama awak. Awak sukakan orang lainkan? Dialah yang sepatutnya awak pilih bukan saya. Cincin tu pun bukan hak saya. Kalau betul lamaran awak tu ikhlas, awak takkan berdiam diri sepanjang tempoh seminggu tu. Saya tengok, mama awak yang beria-ia bukan awak. Siapa yang nakkan saya? Mama awak atau awak?”


“Saya akan terangkan dengan mama awak nanti. Tak payahlah awak risau apa-apa. Cuma saya harap awak bahagia.”


Iskandar mendengar dengan teliti. Salah akukah? Apa yang dah aku buat sampai ini jawapan yang aku terima?


“Mungkin benar saya sukakan awak. Tapi suka sebelah pihak takkan bawa ke mana. Ini keputusan yang dah saya buat. Maaf!” Faiza sudah meluahkan segalanya. Mahupun menyatakan hakikat sebenar yang dia menyukai lelaki itu.


Dia bingkas bangun. Makin lama di situ makin sedih dia jadinya. Dan makin murah pulak airmatanya nanti.


Faiza sudah memohon pertunjuk Ilahi dan jawapannya jelas. Tapi dia melakukan sebaliknya. Dia sendiri tak tahu kenapa. Dan dia sendiri tidak seharusnya menolak ketetapan Ilahi sedangkan dia yang meminta pertolongan.
Hari ini lain yang dilakukannya. Bantulah aku Ya Allah!

Melihatkan Faiza bangun, Iskandar pantas menyambar tangan gadis itu dan pergerakkannya terhenti.


Faiza cuba merungkaikan pegangan tangan Iskandar namun sia-sia. Kekuatan lelaki itu mengatasi kekuatannya sendiri. “Ija…,” lembut suara Iskandar. Dia terdiam.


“Perkahwinan bukan perkara main-main. Siapa nakkan awak? SAYA! Saya lamar awak pun dengan seikhlas hati. Kenapa saya tak berusaha menghubungi awak sepanjang tempoh seminggu tu? Saya rasa awak memerlukan waktu bertenang tanpa gangguan. Saya rasa awak mungkin tak dapat buat keputusan kalau saya telefon. Saya memikirkan tentang awak dan awak pulak sebaliknya. Ini cuma salah faham kan?”


Giliran Iskandar pula untuk meluahkan apa yang dirasa agar tidak lagi timbul kekeliruan.


“Kalau suka kenapa tak berterus–terang? Masih ingat dengan kata-kata awak tu? Saya berterus-terang dengan melamar awak tapi awak menolak. Harapan saya tinggi. Saya tak mahu kehilangan awak sebab tu saya bertindak begini. Saya juga sayangkan persahabatan kita. Kalau saya cakap dan awak menolak, apa jadi dengan persahabatan kita? Salah saya ke?”


Faiza masih diam. Menggeleng tidak, mengiakan pun tidak.


Melihatkan Faiza diam, Iskandar menyambung kata. “Saya pernah cakap awak akan jumpa gadis yang saya suka satu hari nanti kan? Nah, sekarang awak dah tahu kan siapa!? Awak kata awak sukakan saya tapi kenapa awak tolak lamaran tu? Kita bukan budak-budak lagi Ija. Kasih sayang saya bukan lagi kasih sayang abang untuk adiknya tapi lebih dari tu. Salah ke cara saya? Salah ke kalau saya mahu memiliki awak secara sah? Salah ke?”


Faiza geleng kepala. Terkedu mendengar penjelasan Iskandar.


“Habis tu... apalagi yang awak ingin saya lakukan? Saya minta petunjuk Allah, Ija. Ini perkara serius pada saya. Saya bukan main-main. Fikirkanlah semula. Saya sanggup tunggu.” Airmata mengalir juga akhirnya. Walaupun cuba ditahan namun ia tetap menitis. Faiza tunduk menahan tangis.


Dan Iskandar dengan penuh kasih sayang menarik lembut Faiza ke dalam pelukan. Terlerailah sudah kekusutan ini. Aku bersyukur atas rahmat-Mu Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan dia padaku.


Dalam keadaan penuh keharuan itulah dia menarik tangan Faiza lantas cincin tanda kembali kepada yang berhak. Faiza senyum dalam tangisan. Mak! Inikah kebahagiaan yang bakal Ja miliki? Doakanlah kami mak agar tidak lagi timbul kekusutan begini.


Dalam hati masing-masing mengucapkan rasa syukur pada Ilahi. Tenanglah gadisku! Moga kebahagiaan itu milik kita yang abadi.
Ah, cincin tanda! Moga kekallah di jari.

***********

“Siapa perempuan yang angkat telefon hari tu? Manja benar bunyinya,” Faiza angkat kening.

Iskandar tepuk dahi. Ingatkan cerita ni dah habis. Ada lagi ke? Memanglah ada memandangkan ada sikit lagi perkara yang belum selesai. Wajah putih kuning Faiza direnungnya. Cantik! Bertuah benar badan dapat memiliki gadis idaman sendiri.

“Perempuan? Ooo… perempuan tu ke?! Itukan girlfriend baru abang,” Iskandar melawak. Faiza buat muka.

“Mengada!”

Bukan setakat itu je. Faiza siap bagi ‘hadiah’ lagi. Iskandar mengaduh sakit. Padahal cubitan si isteri tu taklah sekuat mana. Memang mengada je lebih tu!

“Mengada-ngada pun Ija sayang abang kan? Hahaha… Ija tak pernah jumpa Isma kan? Pandang sana. Nampak tak perempuan yang pakai baju kurung hijau tu? Dialah perempuan yang buat Ija jauh hati dengan abang. Kami sepupu sayang!”

Faiza pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Iskandar. Cantik orangnya. Padan jugak dengan lelaki ni kalau dia nak!

“Oppss…! Abang dah tahu apa yang Ija nak cakap. Nampak tak lelaki sebelah dia tu? Itu suaminya. Takkan abang nak dengan dia.” Iskandar kenyit mata.

Pandai pulak dia teka apa aku nak cakap tu. Cepat je cari ayat. Takut aku merajuk lagilah tu. Faiza senyum sendiri.

Dalam kebahagiaan ini, dia dan Iskandar menerima tanggungjawab baru. Dua hari lepas, termeterailah ikatan sah antara keduanya. Iskandar tak mahu menunggu lama. Cukuplah dua bulan bertunang. Dia dah tak sanggup nak hadapi keadaan macam tu lagi. Kalau terlepas burung dalam genggaman, siapa nak cari ganti?


-The end-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. happy ending. live happily ever after. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign