Fresh from the owner...

08 January 2010

Best!!! Best!!!

Entah apa yang best aku pun tak tahu. Tapi yang pasti... hidup aku ni memang best la. Hargailah segala-galanya sebelum terlambat kan???Jangan pulak nanti menyesal di kemudian hari. Sekalipun tak kaya-raya tapi kami tak kurang apa-apa. Tak adalah sampai tak makan. Tak cukup best lagi ke tu??? Ada orang mungkin tak sesenang kita. Patutnya kita appreciatelah apa yang kita ada kan. Tu pun dah lebih daripada orang lain. Ada orang kaya tapi tak gembira tak guna jugak. Nak kaya boleh tapi bersyukurlah. Ini tak... bila dah kaya lupa pada yang memberi kita kekayaan tu. Cukuplah kalo kita kaya dengan kasih sayang. Jangan nanti bila dah kaya, hilang segala yang kita bina. Tak ke naya!!!

Apa sajalah yang aku merapu di dinihari ni. My kids are sleeping. My hubby tengah busy main game handphone dia. Plus, dia sakit gigi. Kalau tak aku yang sakit gigi... dia yang ganti sakit gigi pulak. Alya usually tidur lambat. Tapi tadi macam meragam sikitlah. Bila dipujuk abahnya, dia marah. "Tak nak abah!" Kalau dah itu katanya, kena ikutlah. Nanti lagi panjang pulak raungannya walaupun dia tak 100% meraung. Baik budaknya si Alya ni. Macam adik dia jugak. Hehe...


Sayang adik ni!!!

Cium adik sikitlah!!!

Sama tak kami???

Biarlah kedua-duanya membesar dengan sihat dan kuat. Having kids ni fun. Yelah... ada orang zaman sekarang yang tak nak kids. Rather hidup berdua. Ada yang nak tapi tak dapat-dapat. Macam-macam ragam... Semua tu Allah punya kuasa. Kita sebagai hamba kena terimalah seadanya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign