Fresh from the owner...

14 January 2010

ANONYMOUS ~finale~

Aku pun sedar Jazlan masih pandang aku. Sebab tu aku tunduk. Tak mahu dia tahu aku menangis. Malulah aku nanti.

“Lin!” lembut suara Jazlan menusuk ke telinga. “Pandang aku!”

Banganglah mamat ni. Macam mana aku nak pandang dia dalam keadaan macam ni? Nak kenakan aku ke dia ni?

Dalam kekalutan ni, aku rasa diri terdorong ke depan. Aku pun tak sedar aku menangis dalam pelukan mamat tu. Best jugak kena peluk dengan tubuh sasa dia tu. Hish, gatalnya aku!
Pelukan dia kemas. Basah juga baju dia akibat airmata aku ni. Tapi tak adalah habis sehelai baju dia tu basah. Sikit je sebab aku ni cepat sedar diri.

Aku kesat airmata sebaik saja dia longgarkan pelukannya. Jazlan menyisir rambut dengan tapak tangan. Mungkin sedar kot dia dah peluk anak dara orang. Tak apa! Tak sengaja. Bukan peluk suka-suka. Kalau suka-suka mahu makan penampar aku dia ni.

“Sorry! Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Tolong jangan menangis lagi kalau tak mahu aku peluk engkau. Aku tak boleh tengok engkau menangis,” rayuannya buatkan aku tersenyum. Kegatalannya terserlah. Baik jugak mamat ni. Untung aku dapat dia. Hehehe...

“Aku tak pernah tahu engkau sukakan aku. Selama ni pun engkau nampak macam main-main aje. Salah aku ke tu? Hei... sape kate aku suka dengan Hilmie?! Mengada!”

Dia geleng kepala dengan senyuman terukir dibibir. Mungkin dia pun tak sangka aku suka kat dia selama ni. Siapa suruh tak tanya? Kan dah padan muka dua-dua sekali. Itulah!

“Aku sakit hati bila engkau tiba-tiba jauhkan diri dari aku. Dahlah tu, siap tayang awek baru lagi. Aku pun tak tahu nak buat apa. Engkau pun usaha setakat itu ajelah. Tak ada follow up? Bodoh! Cakaplah terus-terang lain kali.”

Jazlan gelak. “Kalau aku tahu engkau pun sukakan aku, tak adalah kita macam ni sekarang Lin. Buang masa dengan salah sangka. Aku cuma takut engkau reject aku. Lebih baik hilang cinta tu dari hilang engkau.”

Aku perhatikan mamat ni atas dan bawah. Handsome! Senyum dialah yang paling mahal. “Boleh aku tanya? Sejak bila engkau sukakan aku? Habis awek junior engkau tu macam mana?”
Jazlan merenung aku mesra. Rasa macam bahagia je. Renungan mamat tu tajam menikam. Perh...!

“Tricky question. Aku pun tak tahu bila aku mula sukakan engkau. Apa yang pasti aku mula rasa kelainannya masa aku ambil gambar engkau tu. Engkau nampak lain Lin. Ada sesuatu dalam diri engkau yang menarik perhatian aku. Aku tak dapat nak tipu diri aku lagi.”

“Ha, pasal awek aku tu? Dia cuma adiklah. Aku pun dah cakap dengan dia. Kalau dia masih suka, aku tak boleh buat apa. Dia kena faham hati aku dah diberi pada orang lain.”

Dia mengeluh. Melepaskan bebanan yang tersimpan. “Aku bukan jenis lelaki yang mudah suka pada perempuan. Sebab tu susah untuk aku lupakan engkau. Aku terlalu sayangkan engkau. Itu kebenarannya.”

Tulus ucapan tu pada pendengaran aku. Boleh tahan karat mamat ni. Lega rasanya bila satu masalah selesai. Tambahan pulak bila aku dapat dia. Jejaka yang aku suka. Bersyukur benar aku kepada Dia Yang Maha Kuasa.

“Let’s clear this thing out. Malam ni kita umumkan pada semua. Okay?”

Aku pandang dia. “Nak umumkan apa? Ada aku kata nak jadi girlfriend engkau? Perasan!” Gelak Jazlan kedengaran. Dia kenyit mata.

“Okaylah. Malam ni aku umumkan aku dah declare dengan awek junior aku tu.”
“Hei... gatal!” Tak pasal-pasal kena cubit. Padan muka dia.

Kebahagiaan ini... biarlah berpanjangan. Senyuman dan renungan mesra Jazlan cukup untuk menyatakan dia kini milikku dan begitu juga aku. Tuhan, terima kasih atas kurniaan-Mu ini!

-The end-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign