Fresh from the owner...

11 January 2010

ANONYMOUS ~part 4~

Wah, banyak cantik dia punya muka! Nak pegang-pegang pi lah pegang awek juinor dia tu. Hish, jealous pulak aku ni! Tak nak cakap baik blah. Makin lama aku berdepan dengan mamat ni makin tension jadinya nanti.


Aku cuba rentap tangan aku tapi mamat tu pegang kuat sangat. Buat sakit tangan aku aje. Sakit tangan, lagi sakit hati aku ni.


“Kalau engkau tak nak cakap, sudah! Tak payah nak sakitkan tangan aku.”


Muka Jazlan merah padam. Bengang dengan akulah tu kot. Ah, lantaklah! Dia kira bengang dia jelah. Aku tak payah bengang langsung? Keadaan sekarang memang tegang. Aku tak nak mengalah. Mamat tu pun sama aje.


“Mana engkau tahu cerita ni?” Dia cuba kawal keadaan dan diri dia sendiri. Tapi bila aku diam, itu yang menambahkan angin dia agaknya. “Jawab pertanyaan aku Lin.”


“Bangkai gajah, tutuplah macam mana pun akan berbau jugak. Kalau engkau nak terus berdolak-dalih, kita balik ajelah.” Daripada terus menyakitkan hati lebih baik balik aje. Tapi tadi, aku jugak yang gatal ajak dia ke sini. Kan dah dapat sakit. Padan dengan muka aku. Padan dengan muka mamat tu jugak.


Aku cuba tolak mamat tu ke tepi. Tapi aku tersilap sikit. Aku lupa yang tangan aku masih dipegangnya. Jadi bila dia tarik, tambah sakitlah pergelangan tangan aku tu.


“Kalau engkau buat macam tu, lagi sakit engkau nanti. Atau engkau nak aku peluk engkau untuk tenangkan keadaan?” ugutan yang menakutkan.


Suka atau tak aku terpaksa menurut. Kalau dia peluk aku nanti sape nak jawab? Sape nak bertanggungjawab? Dia jugak! Hehehe... Gatal betul aku ni!


That’s better! Engkau dapat tahu dari siapa ni? Kamilia?” Ooo... Kamilia namanya. Dah pandai teka tanya jugak aku lagi. Mengada!


“Betullah tu kan? Sekarang engkau pasang telinga betul-betul sebab aku akan jelaskan benda ni sekali je. Aku tak mahu benda ni jadi duri dalam hubungan kita. Engkau faham?”


Huh, sedap betul ayat! Hubungan kita!


Aku diam aje. Angguk tidak, geleng pun tidak. Kalau geleng sekalipun dia akan tetap cakap jugak. Jadi buat apa aku penatkan kepala aku angguk ke geleng. Nak terang, terang ajelah. Banyak cakap pulak.


Aku pandang mamat tu. Pandangannya dilontarkan jauh ke depan. Macam menarik je benda yang nak dijelaskan mamat ni. Apa penjelasannya tu?


“Engkau dah tahu siapa pengirim bunga tu. Tapi engkau tahu apa tujuannya?” Pandangan dialihkan pada aku. Terkedu aku tengok senyuman dia. Boleh lembut hati macam ni.


“Aku dah lama sukakan engkau. Itu yang engkau nak tahu kan? Aku memang betul-betul sukakan engkau. Apa yang tertulis dalam kad tu adalah perasaan sebenar aku. Ikhlas!”


Jazlan tarik nafas panjang. “Aku memang berniat nak bagi tahu engkau hal yang sebenarnya. Tapi aku dapat tahu engkau rapat dengan seorang budak nama Hilmie. Takkan aku nak approach engkau sedangkan aku tahu engkau berminat dengan orang lain?”


Pegangannya pada tangan aku dilonggarkan. Aku pulak macam kena pukau. Tak percaya dengan apa yang dia katakan. Mamat ni suka aku? Betul ke? Sejak bila? Dahlah tu, pandai-pandai pulak dia kata aku interested dengan Hilmie. Siapa kata? Geram betul aku dibuat dek mamat seorang ni.


“Aku jauhkan diri aku dari engkau sebab aku frust. Dah banyak hint aku bagi tapi engkau tak pernah peduli pun. Takkan aku nak teruskan jugak sedangkan aku tahu usaha aku sia-sia.”


Jazlan lepaskan pegangannya. Pandangannya masih pada aku. Seolah-olah memberi peluang aku pulak berkata-kata. Tapi aku tak terkata dibuatnya. Dia senyum lagi walaupun hambar.


Aku pulak cuma mampu anggukkan kepala. Terharu dengan penjelasan mamat ni. Manalah aku tahu dia serius selama ni. Aku nampak macam main-main aje. Kalau aku tahu dah lama aku jadi girlfriend dia. Hehehe...


Dalam pada tu aku terasa mata pedih semacam. Aku tunduk. Setitis airmata menitik mengenai tangan aku sendiri. Bukan aku saja-saja nak menangis. Tak sia-sialah aku suka dia selama ni. Terharu betul!


Segala perasaan berbaur menjadi satu. Sakit hati masa dia berlagak dengan aku, rasa kecewa bila aku tahu dia keluar dengan orang lain. Ah, segala-segalanya menyebabkan airmata ni mengalir jugak. Bukan salah aku.


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign