Fresh from the owner...

09 January 2010

ANONYMOUS ~part 3~

Hai, balik-balik mamat berhati batu tu jugak yang aku ingat! Berhati batu pun aku suka. Suka dalam diam ajelah kan. Jangan cakap dengan dia. Malu aku nanti. Mahu seumur hidup dia gelakkan aku.Daripada dia gelakkan aku, baik aku simpan aje perasaan tu.


“Eh, Lin! Aku ada berita baik untuk engkau. Nak dengar tak?” Aku yang tengah meneguk air nyaris-nyaris tersedak akibat disentuh mamat sorang ni.


“Apa dia? Macam ye je best cerita engkau tu,” sengaja je aku menidakkan dia.


Jazlan senyum. Aku rasa aset mamat ni selain rambut, senyum dia tu. Boleh cair dibuatnya kalau dia senyum. Hish, aku ke yang cakap tu?! Macam tak percaya pulak.


“Aku sayang engkau. Tu je,” dia gelak. Mulalah nak cakap yang bukan-bukan tu. Malas aku nak layan.

Mamat tu pandang aku. Bukan pandang. Renung. Serba salah aku dibuat dek mamat ni. Apa pun muka kena selamba. Nanti dia tahu aku gelabah.


“Tak apalah Lan. Aku nak pi kelas dulu. Malas nak layan engkau. Bye.” Aku angkat punggung. Tak selesa pulak duduk dengan mamat sorang ni. Rasa macam tergugat je hati aku ni. Tak boleh jadik betullah.


Aku hayun langkah. Laju semacamlah pulak. Ah, pedulikkan! Tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati aje ni? Macam segala-galanya yang berlaku sekarang ni, salah. Kenapa aku selalu aje ingatkan Jazlan? Mamat berhati batu tu bukan tahu hargai perasaan orang pun. Huh!


“Ha, ni tak ada lain tengah layan perasaanlah tu! Untung ada orang handsome minat kat kita kan?” sergahan Ida buatkan aku hampir-hampir terjatuh dari kerusi. Tak guna betullah.


“Apa sergah-sergah orang ni? Lain kali bagi salam dulu. Dah tak reti nak bagi salam ke?” aku tegur minah tu tapi dia buat muka selamba aje.


“Maaf ustazah. Engkau ni mesti tengah fikir pasal pengirim bunga tu? Mesti handsome orang yang hantar bunga tu kan?” Aku geleng. Manalah aku nak tahu. Pelik betullah minah ni.


“Entahlah Rul. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Lambat-laun nanti dia mesti tunjukkan diri. Jangan risaulah. Hehehe...”


Nak tunggu dia muncul? Dah tua aku ni baru dia muncul agaknya. Huh! Sapolah ekau ni ha?! Sejak akhir-akhir ni, aku selalu jugak teringatkan Jazlan. Mamat berhati batu tu. Orang kata kalau kita kerap ingat kat orang tu, mesti dia pun tengah ingat kat kita. Entah betul entah tidak aku pun tak tahu. Itu kata orang.


Yelah... dalam ramai-ramai kawan yang aku kenal, dia sorang aje yang panggil aku Lin. Katanya nama tu cantik, secantik orangnya. Gatal! Mamat tu memang gatal.


Kalau orang lain yang panggil aku Lin, janggal aje aku rasa. Kalau dia, macam sedap aje bunyinya. Hehehe... Sape yang gatal sekarang? Dia ke aku? Apa-apa pun, aku rasa macam aku dah berkenanlah dengan mamat tu. Hish, macam mana ni?! Tak boleh jadik betullah.


Dah lama jugak aku tak jumpa mamat berhati batu tu. Mana dia menghilang entah. Rindu pulak aku dengan dia. Gatal! Bunga pun dah lama aku tak dapat. Agaknya orang yang hantar bunga tu dah kehabisan duit kot. Hehehe...


Hari tu aku ada jumpa Jazlan. Mak aii... sombong gila! Geram betul aku. Tambah sakit hati bila aku tegur dia buat tak tahu je. Mentang-mentanglah keluar dengan awek. Membara betul hati muda aku ni. Sejak dari tu aku dah malas nak layan mamat tu. Sakit hati babe! Dia pun buat endah tak endah aje. Memanglah aku selalu teringat kat dia tapi ego kena jugak jaga.


Sekarang ni biarlah aku bagi perhatian kat diri aku sendiri. Malas nak ingat pasal mamat berhati batu tu. Benci! Benci tapi sayang. Macam mana tu?


“Aku tengok engkau dengan Jazlan dah semacam sekarang. Kenapa ha? Jazlan elak bercakap pasal engkau, engkau pun elak bercakap pasal dia. Apa dah jadi ni?” Itu soalan yang ditujukan Nisa pada aku satu hari tu. Apa nak cakap?


“Mana ada apa-apalah. Aku tak ada cerita pasal dia, habis tu nak cerita apa?” Alasan baik punya.


“Yelah... bila kitaorang ajak keluar pun korang main elak-elak. Nak berkumpul sesama macam dulu pun susah. Engkau buzy je memanjang. Jazlan dengan budak junior tu. Apa dah jadik korang ni? Perang ke?”


Ooo... budak junior rupanya! Patutlah sombong semacam. “Tak ada apalah. Nantilah, kalau ada masa kita keluar sama-sama yek? Sekarang ni susah sikitlah.”


“Tak pahamlah aku dengan korang ni.” Aku senyum. Jangan nak cuba-cuba paham. Buat sakit kepala je nanti. Aku pun tengah sakit kepala dengan mamat sorang tu.


Tambahan pulak dengan kehadiran seorang pemuda bernama Hilmie ni. Sakit jiwa aku dibuatnya. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan aku pun tak tahu. Boring betul. Pergi cari orang lainlah.


Aku pun tak tahu kenapa kitaorang boleh jadi macam ni. Keliru jugak aku. Nak kata kita orang ada affair, tak! Tapi entahlah. Aku pun tak faham.


Tadi masa aku nak ke library, aku terdengar awek junior Si Jazlan bercerita dengan kawan-kawan dia. Dia pun tak sedar aku ada kat belakang agaknya. Apa yang dia cakap memang buat aku terkejut tahap antarabangsa punya.


Korang tahu Abang Lan pernah hantar bunga kat Kak Erol? Apa punya tastelah Abang Lan tu,” sedapnya mengumpat.


“Mana engkau tahu?” Kawan-kawannya pun sibuk nak tahu.


“Hari tu aku terdengar dia cakap dengan Abang Rie. Tapi tu semua kisah lama. Sekarang dia dah tak hantar lagi dah bunga. Mungkin sebab dah ada aku kot. Hehehe...” dia gelak. Kawan-kawannya pun ikut gelak.

Ooo... macam tu ke ceritanya! Tak apa. Siaplah engkau Jazlan.


Aku memang tak jadi pergi library. Time-time tu jugak aku pergi cari Si Jazlan. Aku tak peduli. Aku nak tahu jugak kenapa dia buat aku macam ni? Ini bukan sakit hati lagi dah ni. Terbakar hangus dah rasanya.


Aku jumpa mamat tu masa dia tengah sembang dengan Zikri. Terkejut dia tengok aku. Lantakkan! Aku pandang Jazlan. “Ikut aku kejap. Ada hal aku nak cakap dengan engkau. Private!”


Mahu tak mahu Jazlan bangun. Dia kenalah ikut aku. Nak berbincang kena bawak ke tempat yang jauh sikit dari orang. Kalau ada yang tahu, jadik spekulasi pulak nanti. Dia naik kereta aku. Jadik aku bawak dia jauh sikit. Bukan sikit lagi. Banyak.


“Apa hal engkau nak jumpa aku ni? Kenapa tak cakap kat sana je?” Mamat ni tak senyum pun. Berubah betul.


Aku keluar dari kereta. Macam nak lepuk dia pun ada. Geramnya! Dia pun turut keluar.


“Aku takkan apa-apakan engkau. Jangan risaulah.” Terasa jugak hati aku dengan tingkah laku dia tu. Sedihlah pulak.


“Apa halnya?”


“Jawab dengan jujur kalau engkau rasa kita kawan. Siapa yang bagi aku bunga dengan nama Anonymous tu?”


Jazlan nampak terkejut. Tapi dia pandai kontrol. Kali ni bukan setakat pandang aku lagi. Tapi dah tahap merenung dah. Aku memang rasa tak selesa tapi untuk memenuhi keinginan hati, pedulikan semua tu. Kalau mamat tu berniat nak main-mainkan aku selama ni, tak apalah. Nasib aku yang malang sebenarnya.


“Kenapa engkau cakap macam tu? Aku tak fahamlah.”


“Engkau tak faham atau saja-saja buat tak faham? Apa maksud engkau hantar bunga tu kat aku Lan? Nak sakitkan hati aku? Atau engkau nak buat aku ni bahan ujikaji engkau?” Hah, dapat engkau! Terbakarnya hati aku.


“Nanti dulu! Mana engkau dapat cerita ni?” Bukan setakat ayat tu aje yang keluar. Tangan mamat tu pun ikut bergerak. Tak puas hati kot sebab aku membelakangkan dia.


Dia pegang pergelangan tangan aku. Nak kena flying kick agaknya. Dia ingat aku ni apa!? Ter ‘emosional’ pulak aku. Daripada cuba kontrol keadaan, hati aku jadi panas tiba-tiba. Dahlah kena main dengan orang yang aku suka. Ni nak main pegang-pegang pulak?



To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign