Fresh from the owner...

08 January 2010

ANONYMOUS ~part 2~

Dalam pada berangan-angan tu, baru aku teringat janji aku dengan Si Lan. Aku nak ambil disket dengan dia. Lambatlah pulak. Aku pandang jam. Huh, aku ingat aku aje yang lambat! Dia lagi lambat dari aku.

Ini yang buat aku bengang ni. Dahlah aku tak suka menunggu orang. Hish, mano Si Lan ni!? Aku tinjau-tinjau gak kiri kanan, depan belakang. Manalah tahu, kot-kot mamat tu nak buat mamat kelakar pulak. Tiba-tiba je nak sergah aku. Bukan boleh percaya sangat dia tu. Kalau aku bersedia dari sekarang, tak adalah terkejut sangat nanti.

Aku duduk dalam kereta. Layan lagu lagi baik. Kalau dia datang, lantakkan. Bior dia pulak yang menunggu. Tak sampai lima minit layan lagu, aku dengar ada orang ketuk cermin kereta. Mak oiii... Lan ke ni?! Macam tak percayalah pulak. Cermin kereta aku turunkan.

“Sorry lambat! Budak-budak ni paksa aku jadik model untuk diaorang. Pening kepala aku ni ha! Rambut kena trim, misai pun kena buang. Suit ni lagi la. Tengah-tengah diaorang discuss, aku cabut lari,” dia senyum.

Tapi kemudiannya senyum dia jadik lagi lebar. “Kenapa engkau pandang aku macam tu? Buruk sangat ke aku ni?”“Ha... err... takde! Aku tengah dengar cerita engkaulah ni. Eh, mana disket tu?!”

Aku cover malu. Gila engkau! Aku terpandang dia lama sangat. Dahlah tu, tak berkelip pulak. Kagum! Tak aku sangka yang mamat ni handsome sebenarnya. Memanglah dia termasuk dalam golongan orang handsome kat kampus.

Tapi aku tak pernah rasa dan nampak yang mamat seorang ni handsome. Hari ni macam baru terbuka mata sikit. Bahaya dah mata aku ni. Perasaan ni pun dah semacam je rasanya. Tak boleh jadik ni. Tak pasal-pasal aku jadik macam Nisa. Syok dengan mamat sorang ni. Ia harus dicegah sebelum melarat. Tapi kalau syok pun tak salah aku rasa. Hehehe...

“Lin, engkau tak apa-apa ke? Engkau sihat tak ni? Semacam je pandang aku. Handsome sangat ke aku hari ni?” suara mamat tu menyentap tangkai jantung aku. Apo laie... terkejutlah! Aku pandang Lan. Perasan betullah mamat ni.

“Aku okay je. Tak ada apa-apalah. Mana disket tu? Cepatlah. Dah lambat lagi mau perasan handsome ke?” aku kontrol diri. Cover malu... cover malu!

Tak sangka aku mamat ni mampu jugak menggugat perasaan aku yang sememangnya keras ni. Tapi apa nak heran! Dia kan among orang yang diminati. Apa daa...! Aku yang buta rupanya. Tak reti menilai. Hahaha...

“Pesal lak engkau senyum sorang-sorang ni? Engkau ingat apa ni Lin?” Suara mamat tu sekali lagi mematikan lamunan aku. Apo dah jadi dengan aku ni ha? Isshh.. bahayo jugak penangan mamat ni!

Aku pandang dia. Mamat tu kerut dahi. Disket akhirnya bertukar tangan. Hah, dah dapat disket apa lagi... cabutlah! Takkan nak duduk lama-lama kat sini. Nak tambah malu aku ke? Oh, tidak!

“Eh, Lin! Nantilah dulu. “Aku tak tunggu lama, terus cabut. Pedulikkan panggilan mamat tu.
Tapi aku baru je perasan kehandsomeman mamat tu sekarang. Kalau dulu mimpilah. Mungkin aku dah makin dewasa sekarang kot. Hehe...

Dewasa? Macam kelakar pulak kalau aku yang menyebutnya. Bahaya nih! Dalam pada mengenangkan mamat tu baru aku teringat kad yang disertakan dengan bunga ros kuning tu. Dah dekat seminggu kat atas meja.

Mana nak ingat bunga tu bila fikiran dah mula melayang. Hai, makin dewasa ni makin banyak pulak cabarannya! Makin menjadi-jadi pulak perasaan ni. Dulu tak ada pulak macam ni. Hish... dulu budak-budak! Mana ada masa nak fikir pasal benda ni.

Sekarang je dah gatal sikit. Kad bersampul biru tu aku buka. Cantik kadnya. Eh, ada gambarlah! Aku capai gambar tu. Bila diterbalikkan, mak aiii... terkejutnya! Gambar akulah. Gambar ni diambil masa aku and the gang tengah main rebana.

Fokus pulak kat aku walaupun ada terselit muka-muka orang lain. Masa tu, rambut aku ikat ekor kuda. Yelah... baru belajar nak simpan rambut panjang! Kiranya ni gambar tahun lepaslah.

“This was the moment when I fall for you...
When I realized that I love you...”
-Anonymous-

Sapo dia ni? Bengang betul aku. Nak cari, aku pun tak tahu nak mula kat mana. Clue pun dia tak bagi. Bengonglah mamat ni. “Hai, layan perasaan nampak!? Susah betul bila dah ada peminat ni. I rimaslah dikelilingi ramai orang,” perempuan sorang ni saja nak cari pasal.

“Dah! Dah! Jangan nak mengada-ngada. Awak tu nak keluar. Sekarang ni dah pukul 8.45 Cik Ida oiii...! Nanti mengamuk cik abang awak tu.”

“Biarkan dia tunggu. Masa sekarang ni lah kita patut buat macam-macam. Dah kahwin nanti tak merasa Cik Erol oiii...!” Ida senyum.

“Eh, ada gambarlah! La... engkau ke? Pesal nampak lain ni? Hehehe...” Cis... tak guna! Gelakkan aku minah ni.

“Apa gelak-gelak? Tak pernah tengok ke?”

“Bukan tak pernah tengoklah. Ni muka engkau masa mula-mula simpan rambut dulukan? Cantik! Dulu macam tomboy. Sekarang dah feminin. Patutlah ramai sangat suka.”

Dia mula dah. Aku memang tak pernah simpan rambut panjang. Rimas. Sebab jealous tengok Ida berambut panjang, tu yang aku simpan jugak tu. Memang ramai yang bangkang masa aku mula-mula simpan rambut dulu. Macam-macam kutukan aku dapat.

Tapi lama-lama diaorang suka pulak. “Serabutlah aku tengok engkau ni Erol. Potong ajelah rambut tu.” “Erol, apa kata engkau upah aku jagakan rambut engkau?”

“Engkau tak reti nak ikat ke rambut baru engkau tu? Aku potong nak?”

Memanglah masa mula-mula rambut tu nak panjang aku biarkan aje. Malas nak ikat. Tapi betul jugak. Serabai aje nampak. Macam orang tak siuman. Hehehe...

Baru sekarang sedar. Dulu tak pulak tu. Semua orang aku rasa macam dengki aje dengan penampilan baru aku. Padahal diaorang bagi komen membina. Apalah aku ni! Seingat aku, cuma sorang je yang puji aku masa tu.

Aku ingat lagi kata-kata dia. Mana boleh lupa. Kata-kata kenangan tu. Ingat senang nak dapat pujian dari dia ke?

“Cantik! Lagi cantik kalau engkau ikat rambut engkau tu Lin. Tak adalah nampak macam Din Beramboi sangat. Kehkehkeh...!” Cinabeng! Dalam baik sempat lagi dia kutuk aku tu.

Siapa lagi kalau bukan Jazlan. Dia dah pegang-pegang perut. Ingat kelakarlah lawak yang dia buat tu. Cis... setakat puji tak ikhlas, tak payah!

Kenangan tu. Sapolah yang main-main dengan aku ni? Kalau betul pun nak ngorat, jadi gentleman-lah. Ni nak main teka-tekilah pulak. Kalau Jazlan yang bagi bunga ni best jugak. Hehe... gatal jugak aku ni.

Tapi nak tunggu mamat tu kasik? Huh! Mamat berhati batu tu nak kasik aku bunga? Gempalah bumi ni kalau dia bagi. Huhu...

To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Yang ni dah edit banyak kali tp still jadi macam ni jugak sampai dah malas nak edit lg dah rasanya...huhu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign