Fresh from the owner...

07 January 2010

ANONYMOUS ~part 1~

“It took me a minute to fall in love with you but...

it took me a lifetime to forget you...”

-Anonymous-


Kad pemberian dari orang yang tak aku kenali tu aku baca lagi. Bukan setakat kad je. Siap dia berikan dengan bunga ros lagi. Cantik! Walaupun cuma sekuntum namun ia tetap cantik. Ros putih dengan fillers berwarna ungu dan biru. Menaikkan lagi seri bunga ros tu. Kad tu pulak kecik aje. Mungkin jugak kad tu cuma pengiring bunga tu. Entahlah... aku pun tak tau!


Tapi siapa pengirimnya ni? Nak berahsia-rahsia ni buat aku rasa tak sedap ni. Rasa macam nak mencari aje orangnya. Tapi macam mana aku nak cari? Bunga ni pun dia letakkan kat cermin kereta. Kalau dia letakkan depan mata lain ceritalah kan? Hahaha... Err... dia perhatikan aku ke?!


Bunga ros tu pun dah selamat aku masukkan dalam bekas. Boleh jadi penyeri dan pemberi semangat bunga tu walaupun aku tak kenal siapa pengirimnya. Terima kasihlah sebab bagi bunga ni yek? Terima kasih jugak sebab suka kat aku. Hehehe... Gatal pulak rasanya aku ni!


“Eh, bunga! Siapa yang bagi ni? Cantiknya...,” Ida yang baru balik dari kuliah terus terkam bunga tu.


“Oiii... apa ni? Nak kena lepuk ke? Bunga ni untuk aku tau tak? Dah... dah... Pegi main jauh-jauh. Menyibuk je,” aku tak adalah meninggikan suara. Gurau-gurau aje. Ida sengih. Bahu aku ditepuknya.


“Sombong! Baru dapat bunga dah berlagak ye? Tak apa,” Ida dah duduk atas katil aku. “Siapa bagi?”


Aku angkat bahu. Ida selalu jugak dapat bunga. Boyfriend dia memang romantik kot! Entah... aku pun tak tau! Tapi kalau boyfriend dia tak bagi pun, orang lain akan kasik jugak kat dia. Maklumlah, orang cantik. Semua orang nak.


Ida pandang aku. “Takkan tak tau siapa bagi kot? Tipulah engkau ni. Nak berahsia dengan aku la tu. Bak sini kad tu.”


Kad tu aku bagi kat Ida. Tak bagi nanti dia kata aku saja-saja nak rahsia dengan dia. Bagi aje le biar dia tengok sendiri.


Aku ni sebenarnya biasa aje orangnya. Tak adalah secantik Ida. Nak kat tergolong dalam kelompok tu pun susah. Memang peliklah kalau aku dapat bunga. Dah rabun agaknya orang tu. Tak pun bunga tu memang untuk Ida tapi dia tersilap nama kot?! Entah! Pandangan manusia ni berbeza-beza.


“Aku dah kata engkau ni lawa tapi engkau tak percaya. Siapa orang ni ye? Romantik jugak! Bertuah badan Cik Erol,” Ida tak habis-habis nak kenakan aku.


“Dah... dah! Tak payah nak mengada-ngada. Cantik dan lawa tu engkau bukan aku,” memang aku tak rasa aku lawa.


Ida je kata aku lawa. Orang lain tak pun. Entah apa yang dia nampak ada dalam diri aku ni. Masa dapat tahu aku sebilik dengan dia, kecut jugak perut aku. Mana taknya, nak sebilik dengan orang cantik manis.


Tapi dia okay je. Tak sombong pun. Memang sekepalalah kitaorang ni. Bergaduh, kecik hati tu biasalah. Memang tak bermasalah duduk dengan dia. Okay je.


“Nampak gayanya tidur lenalah Cik Erol kita malam ni. Mesti mimpi yang indah-indah punyalah. Hai, nampaknya aku kena mencantikkan lagi diri aku ni,” Ida gelak sakan. Banggalah tu dapat kenakan aku.


“Blah... blah! Nak kena lempang cakap le macam tu lagi,” aku tolak dia dari katil aku. Nyibuk je.


“Orang ada secret admirer dah marahlah. Takutnya!” Sebelum aku sempat buat apa-apa, dia dah lari keluar. Malas aku nak layan perempuan tu. Kepala dia tengah merenglah tu.


Hai, bunga! Siapalah yang baik hati sangat kirim engkau kat aku ni? Persoalan tu masih lagi berlegar-legar dalam kepala walaupun dah dekat dua minggu bunga tu aku terima.


Mungkin jugak orang tu cuma nak main-main dengan aku je. Saja nak buat aku perasan. Entah-entah dia tengah perhatikan aku. Mana le tau kot-kot dia saja nak jadikan aku ni bahan eksperimen dia. Hish, takutnya! Apa hasil eksperimen dia agaknya? Tapi betul ke aku ni jadi bahan ujikaji dia? Siapa dia tu? Arggghh...!


Pening! Pening kepala aku ni. Ni yang buat malas nak berfikir ni. Makin aku fikir, macam-macam kesimpulan akan aku buat nanti. Tapi aku tetap nak tahulah. Bunga yang aku terima tu pun dah kering dah. Dah aku gantung buat hiasan.


Camno aku nak carik orangnya ye? Apa kata aku pakai bomoh? Tolong tilik-tilik sikit ke ape ke? Hish, tak bestlah pulak buat macam tu! Hmmm...


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. huhu. saspen gitu. indahnya dunie bile ade SA. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign