Fresh from the owner...

04 January 2010

~27112009 dalam ingatan~ (part 2)

These were the machines yang ada di kiri kanan katil Anis tu. Untuk monitored heartbeat as well as bekalan oksigen untuk dia. Ini 2nd day dia dalam ICU. Macam terngiang-ngiang je di telinga bunyi dari machines tu. Bukan mudah nak lupa benda yang dah jadi. Memang sedih la tengok Anis. But we supported each other.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang menanggungnya. Alhamdulillah... kami lalui semua ni dengan tabah. Berpegang teguh pada keyakinan, 'Allah yang berkuasa!'. Kami ingatkan diri sendiri untuk terima sebarang kemungkinan buruk yang mungkin jadi. Bukan mudah nak pujuk diri sendiri tapi kena juga muhasabah. Kalau berlaku sesuatu di luar dugaan, kami tahu kami dah mencuba dan berusaha.

Hak DIA setiap apa yang ada di muka bumi ni. Disebabkan tiub oksigen masuk ikut mulut, doktor pakar bagi ubat untuk dia tidur. Tak adalah dia struggle nanti. The pain part was bile kita masuk tengok dia (boleh usap-usap and pegang tapi tak boleh angkat and dukung), dia struggle juga. Bukan tidur 100%. Tangan the nurses tied up kat tilam. Takut dia tarik tiub-tiub tu nanti.

Memang meruntun hati la. Me, sepanjang masa melawat dia, tahan airmata je. Bukan mudah. Kalau orang tengok pun mesti kata 'Anak sakit tapi macam biasa je parentsnya!'. Hati dan diri kami menangis cukup la kami je yang tahu. According to the doctors, Anis kritikal tapi stabil. The truth was, tak ada istilah kritikal tapi stabil. Specialist kata, 'Selagi dia guna bantuan mesin... dia kritikallah!'

So how??? Doktor lain tu cuma nak sedapkan hati parents je. Kalau cakap betul nanti... yang makan hati pun parents juga!! Tapi specialist pun patutnya cakaplah dalam bahasa yang lebih baik. We, parents, ada hati perasaan juga kan? Tak kena kat anak-anak dia orang memang macam tu lah. Sabar jelah...

View dari dekat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. anak sekecik anis cmni dh pun ade pengalaman yg hebat begini. mesti die sekuat ibunya. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign