✿ Rumah SalYa ✿: 2010

Fresh from the owner...

14 December 2010

Busha! Busha! Busha! Ada apa dengan BUSHA?!



alya sangat suka dengan busha. setiap kali encik hubby balik atau nak balik, dia mesti pesan belikan busha. dan selalunya jugak dia siap pesan kaler apa yang dia nak. barubaru ni dia mintak kaler hijau. luckily, masa encik hubby nak balik, dia carik jugak la busha hijau. memang alya suka sangat.

nampak je ada beli busha, terus nak pakai. tak payah basuh. memang nak pakai on the spot. kalau dah beli untuk alya, kena beli jugak untuk anis. for the little sister tak apa la. pilih je. makcik kecik tu bukan pandai pilih-pilih lagi macam kakaknya. 

sekarang ni alya mintak abahnya carikan busha kaler ungu dengan pink. walhal dia dah ada busha kaler pink. tapi dia nak jugak busha pink. so, the father layankan je. anak abah semuanya. apa yang dia orang nak selagi abah kata okay, okay la.

sekarang ni alya dah ada 4 pasang busha. huhuhu... dua kaler pilihan sendiri. the other 2 were chosen by ibu la. hehehe... 


my foot: berat alya statik lagi. kena check berat next week. nurse tu pernah cakap bila aku kata alya bukan pemakan orangnya... dia kata: "Ada jugak mak bapak yang tak bagi anak makan tapi cakap anak tak nak makan." Eh, misi... awak ke yang tak bagi anak awak makan?! Kalau saya tak bagi makan, saya tak bawak de dia orang ni datang check up tiap-tiap bulan. Baik saya duduk rumah besarkan badan saya yang tak berapa nak besar ni... 

Sekian lama... baru sekarang boleh jenguk blog! Huhuhu...


many things happened recently. me and my sickness. my encik hubby involved with an accident. my friend's miscarriaged and bla... bla... bla... bil broadband ni pun tak bayar lagi. sikit punya pemalas. hahaha... dah overdue. bil pun dah sampai last week. tapi malas benar nak bayar. kenapa entah. hari ni la kot pergi blue cube bayar kejap. tu pun kalau tak hujan.


how's everybody? lama tak jengah blog-blog korang kan? lately my sakit dah getting better. masa sudah merawat segalanya. alhamdulillah. so, dah boleh jengah blog semula. tu hari masa sakit pun encik hubby yang guna lappy. daripada terbiar tak berusik tapi bil broadband tetap jalan, dia ambik la bawak lari ke Johor. Huhuhu...


tapi ni dia dah pulangkan semula atas dua sebab. pertama-tamanya, line celcom sangat teruk kat Johor berbanding kat sini. sekarang ni line broadband ni bagus walaupun aku bayar lewat. ngeee... keduanya, dia terlibat dalam kemalangan. tangan kanan dia cedera dan dia susah nak guna lappy ni. so, dia pulangkan semula la kat wife dia ni. 


about the accident, encik hubby cuba elak kereta kat selekoh. daripada berlanggar dengan kereta, baik dia langgar lereng bukit. cedera la sikit. dah dua minggu mc. this week dapat lagi 3 hari. and today dia kena pergi jumpa pakar tulang sebab hospital tak dapat detect apaapa yang patah tapi after 2 weeks tangan dia still bengkak dan lebam-biru. huhuhu... kesian!!!

macam biasa la. the kids were extremely happy. tapi dah the father has gone back to work dan dia orang pun okay dah. dah boleh accept the father cuma bercuti kejap je. the mother pun okay jugak ye. hehehe...


p/s: pada yang melawat blog saya ni walaupun tak ada apa yang diupdate sepanjang saya sakit... 
terima kasih ye!!! you guys rock!!! take care and love ya...


my foot: cuba mengembalikan rasa ingin berblog. huhuhu...

10 November 2010

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics



boleh buat lagu tema masa kawin nanti.
pada yang belum kawin la. yang dah kawin tu buat apa kan?
have fun mate!!!

Sudah terlalu lama rupanya...



the mood is still in the air. masih belum dapat bertentang mata dengan lappy ni lama-lama. sekejap ni pun dah buat kepala rasa pening. tapi saja je nak update sebab dah lama jugak tak bukak blog sendiri. jangankan blog sendiri, blog orang pun tak dijengah juga.


apa boleh buat kan? kesihatan tak jugak mengizinkan. tengah tunggu jugak ni. bila la nak okay balik. boleh la once a while meng'update' blog yang dah lama tak ber'update' ni. pada yang sudi visit... millions of thanks. bila aku dah okay nanti... sure aku buat lawatan.



my foot: macam-macam yang jadik lately. but I'm grateful coz i still have YOU!!! yup... YOU!!!

13 October 2010

Ada sesiapa nak buat anak angkat si kecik ni? Hahaha...


comel tak? ada yang nak buat anak angkat? hahaha... budak kecik ni dah pandai berjalan sebenarnya. tapi bila budak kecik ni dapat kaki, dia tak mahu orang lain pegang dia. dan dia tak mahu duduk diam. penat la sikit dengan dia ni sebab sentiasa kena perhatikan ke mana dia nak pergi.

masa baru-baru berjalan tu, tempat pertama yang dia tuju was the toilet. tangan dah masuk. kaki je belum. sempat pergi ambil sebelum dia masuk betul-betul dalam bilik air. dan dia memang suka air. sangat suka. mandi la dia berapa kali sehari pun, dia okay je.

dan paling utama, dia suka makan. sangat suka makan. dia pantang nampak orang makan, dia mesti nak makan jugak. walaupun dia baru lepas makan dan dah sendawa, tapi kalau dia nampak ada orang makan depan dia... dia mesti nak jugak apa yang orang tu makan. 

dan ini jugalah budak yang mana masa dia berusia dua bulan lebih, di malam orang lain tengah takbir nak sambut raya haji... dia masuk ICU sebab pneumonia. alhamdulillah... dia makin sihat dan makin aktif. bulan 12 ni dia kena jumpa pakar lagi. nak tengok development dia.

inilah budak yang satu ketika dulu aku dengan encik suami cuma mampu berdoa je sebab doc kata keadaan dia kritikal dan bergantung pada dia untuk bertindak balas dengan antibiotik yang diberi. dan aku bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Ilahi. bersyukur kerana dugaan yang diberi tidak melemahkan kami.



my foot: Allah takkan bagi kita dugaan yang diluar batas kemampuan kita. bila ada ujian yang menimpa, bersabar dan redhalah. kalau kita rasa dugaan untuk kita tu teruk... ada orang lain yang menerima lagi teruk daripada kita kan?

12 October 2010

3 tahun yang lalu ini jugalah penyakitnya!!!



tiga tahun dulu ini jugalah penyakitnya. tapi disembuhkan oleh masa dan keadaan. sekarang ni datang lagi penyakit yang sama. aku tahu... ia akan sembuh juga oleh masa dan keadaan. mungkin tak lama lagi akan kembali pulih. kenapa penyakit ni kejap ada kejap tak ada?

untuk aku, sakit ni normal. walaupun kena empat tahun lepas... itu perkara biasa. hah!? sakit apa? sakit tak boleh nak tengok lappy lama-lama. nak mengadap je buat kepala sakit. dulu pun macam ni juga. tapi dulu terpaksa tengok. terpaksa dan memaksa diri. jangankan komputer, handphone pun tak boleh nak tengok.

hahaha... teruk kan bila sesekali sakit ni datang. tapi nak buat macam mana. aku redha dan sabar dengan ujian Allah ni. sebab tu jugak aku tak update blog. sebetulnya bukan malas. walaupun ada sikit-sikit rasa malas tu tapi tak jejas sebenarnya. still boleh update blog.

tapi bila penyakit macam ni datang... memang tak boleh nak buat apa. surrender je la. mujur jugak semut tak buat sarang sebab aku dah clearkan meja komputer daripada sebarang anasir-anasir yang tak patut ada diatasnya. segala khazanah yang tidak patut jugak telah dibuang.

apa yang tinggal cuma ubat-ubat aku dengan supplemen anak-anak. ada sebotol air jampi yang belum habis. ada suku lagi. air tu kepunyaan Anis. masa dia sakit sebab pneumonia dulu, ada pengamal perubatan Islam ni check nama dia. 

katanya, dia sakit bukan sebab sakit tu semata-mata. ada orang sent something tapi tujukan pada dia sebab dia paling kecik and senang dapat sakit. tujuan dia kalau kenakan pada si kecik boleh musnahkan the father kot. ye la... anak kan?! walaupun nampak tough tapi naluri ayah pun lembut jugak. ayah yang bersifat binatang tu tolak tepi la.

eh... eh... dah cerita benda lain pulak. ngeee... ni pun kebetulan rasa okay sikit. so boleh la update blog. huhuhu... pada yang ada melawat tu... TERIMA KASIH!!!


my foot: sakit itu indah kalau kita menerima dengan sabar dan redha...

pic from Google Image file

08 October 2010

Peluk isteri pun ada khasiat. Jangan tak tahu. Rugi la sesiapa yang tak peluk isteri. Hehehe...

sekadar renungan bersama. mungkin ada yang dah tahu. mungkin ada yang belum. berkongsilah apa yang kita tahu kan? tapi kadang-kadang tu bukan setakat suami, isteri pun malas nak peluk suami. masa bercinta bukan main lagi. dah kawin... huh! serba-serbi tak mahu buat. betul?

ni diambil daripada FB seorang kawan. tertarik dengan apa yang tertulis kat sini:

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

07 October 2010

Azizulhasni Awang... Satu dalam sejuta!!!


inilah wajah anak kelahiran Terengganu yang dibatalkan kemenangannya dalam acara keirin semalam. masih muda belia dan baru saja berusia 22 tahun.

memetik laporan akhbar atas talian:

Cuma, semalam saya dapat merakamkan satu aksi menarik yang boleh dianggap terbaik. Ia adalah sifat berani ditunjukkan Azizulhasni Awang - sesuatu yang saya jarang dapat lihat pada atlit negara lain ketika mereka dilontarkan cabaran.

Walaupun anak muda dari Terengganu itu dibatalkan kemenangannya gara-gara kesilapan teknikal menghimpit lawan, apa yang menarik tumpuan saya adalah perwatakan ikon sukan negara ini.

Pada usia 22 tahun, erti takut berdepan lawan lebih perkasa tidak timbul. Dia cuma tahu untuk berlumba dengan kayuhan terbaik dan memiliki mental untuk menang - baik di pentas Sukan Asia, kejohanan dunia atau pun Olimpik. 

Dia pernah melakukan gelagat sama ketika berdepan jaguh dunia dari Scotland, Sir Chris Hoy dalam saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu sehingga mendapat pujian. 

Sebenarnya saya tidak pernah menyaksikan aksi Azizulhasni dari dekat di gelanggang pertandingan, tetapi sekurang-kurangnya pengalaman pertama ini memberi saya satu rumusan, atlit dengan ketinggian kira-kira 1.57 meter ini mungkin sukar ditemui bagi satu tempoh yang lama. 

Atlit negara lain yang terlepas peluang menang pingat emas mungkin duduk menangis atau bersifat emosi, gelagat berkenaan jauh daripada wajah pelumba kecil itu yang boleh berbual mesra dengan wartawan ketika diwawancara, semalam. 

Seperti kata pemenang emas acara keirin, Josiah Ng, semalam: “Azizul adalah seorang dalam sejuta di Malaysia yang dikurniakan bakat besar dan saya tidak tahu sama ada akan lahir seorang lagi sepertinya.” -Berita Harian Online.


Azizul masih ada acara. 200 meter pecut. harap-harapnya dia menang bagi menebus kekecewaannya dalam acara keirin. walaupun kita tak menang besar sebab berdepan dengan negara yang orangnya besar-besar tapi dengan semangat juang yang besar dah cukup. itu yang akan dipandang orang. betul kan? hehehe...



my foot: Malaysia Boleh!!! my friend ada jugak post yang mana pengulas kiwi tu cakap "Malay Beloh!". bengong kan? huhuhu...


pic from Google Image file

CG oh CG. Apa itu CG? Commenwealth Game la.


CG ni dah bermula dua tiga hari. tapi baru dua hari aku tengok. tu pun tengok kejap-kejap je. cuma semalam terbaca post seorang kawan dalam FB. sekarang ni dia dekat New Zealand. ikut suami sambung belajar. dia cakap pasal kiwi comentator yang sebut nama cyclist dari Malaysia bernama Ah Weng. puas dia fikir siapa la Ah Weng tu. bila tengok pada board, rupa-rupanya yang dimaksudkan Azizulhasni AWANG.


apa da... AWANG dengan Ah Weng sikit punya jauh sebutannya. dia orang kan guna nama bapak. kalau nama dia Azizulhasni pun tapi dah ayahnya nama Awang... orang sana sebut Awang instead of his true name. dan semalam jugak, aku tengok acara keirin. tengok kemenangan Azizulhasni sebelum dia being relegated... disqualified. kesian dia.


yang protes tu pun cyclist daripada New Zealand. dia kata Azizulhasni ni halang dia la... apa la... kalau tengok  event tu semalam, memang cara kemenangan Azizulhasni tu cool sangat. tengok dia mencelah antara dua cyclists lain... perh! orang lain belum tentu la boleh buat macam dia. tapi sebabkan itu jugaklah kemenangan dia ditarik semula. walaupun emas still pada Malaysia tapi still kesian Azizulhasni. huhuhu...


my friend yang kat negara kiwi tu marah bukan main marah lagi dekat cyclist NZ. dia kata kalau dah kalah tu, kalah je la. sibuk nak protes-protes pulak. tapi tu semua hakikat. dalam perlumbaan dan mana-mana perlawanan sekalipun mesti ada la yang tak kena. biasa la.


apa pun... Azizulhasni you rock man!!! hehehe...


my foot: melambung-lambung la orang puji Azizulhasni Awang. latihan 4 tahun kat Melbourne tu. penat dia berlatih. last-last regelated. tak apo la. tak ado rezeki kan Azizul?

pic from Google Image file

Bila Alya mula berkata-kata... Huhuhu...


Alya memang manja. especially dengan encik suami. kalau encik suami ada, dia mesti nak dukung. bila tanya mana kaki? dia akan jawab: "Tak ada!" huhuhu... itu kalau dengan abahnya la. kalau dengan aku, jarang-jarang aku dukung. mana nak dukung Anis. nak dukung dia lagi. berat!!! tak larat de...

dan Alya akan tentukan kat sebelah mana dia patut didukung. usually sebelah kanan. dan Anis sebelah kiri. pagi-pagi bangun tidur, kalau nak ke dapur... dia mesti nak dukung. dan selalunya aku pujuk la. cakap bebaik dengan dia... "Ni kan kak long. Kak Long boleh jalan sendiri." dan dia akan balas: "Adik tu?" dan aku akan jawab: "Adik kecik lagi. Baru nak belajar jalan." dan dia akan balas semula: "Kak Ngah la ibu!" okay la... kak ngah!

06 October 2010

Mood ini akan berlarutan agak lama. Sampai bila pun saya kurang pasti!!! Huhuhu...



tak ada mood sangat-sangat untuk update blog. nak mengadap lappy ni pun rasa macam malas. dah berapa hari tak bukak lappy, semut dah datang buat sarang. hahaha... menjawab la operasi semut kejap tadi. itu pun sebab nak tengok FB. nak tengok dah bersalin ke tidak seorang adik ni.

ari tu overdue. check-check tadi overdue lagi and the doc bagi sampai this saturday. kalau still tak deliver kena induce. my friend pun pernah kena induce. tapi dia tak lewat. betul-betul tarikh doc bagi. tapi entah la. kena induce jugak. dua kali pulak tu. 10 jam dalam labour room baru bersalinkan anaknya yan pertama. sekarang ni dia tengah pregnant second baby pulak.

aku? alhamdulillah. tak merasa bersalin on the dot tarikh doc bagi. dua-dua lahir masa usia kandungan 8 bulan. tak ada masalah jugak. sakit tak sampai sejam... dah bersalinkan si kecik yang dua orang tu. pengalaman bersalin orang ni berbeza-beza.

eh... eh... nak cerita benda lain tapi tercerita benda lain la pulak. aku still tak sihat. me having flu and slight fever. anak-anak pun dah start berjangkit flu. tapi minor lagi. belum tahap tak boleh nak tidur malam. kalau tak memang habis la aku. hahaha...


and last saturday... encik suami aku balik. dia kata nak balik this week. tapi macam biasa la... dia suka buat surprise. terjongol muka dia kat depan pintu malam ahad tu. tapi aku pun macam biasa jugak. dah boleh agak kalau dia nak balik. dan macam biasa jugaklah... the kids were very happy. excited tak hingat. budak-budak ni kalau dengan encik suami, memang macam tu.

Anis tengah tidur... dengar je suara abahnya terus bangun. Alya pun sama. malam tu dua kali bebudak ni jaga dengar suara abah dia orang. dah bangun tu encik suami la yang melayannya. aku tidur je la. hahaha... bila time Anis nak susu baru aku ambil. Alya dah tentu dengan botolnya.

thanks to encik suami sebab baru je lagi balik masa raya tu hari... dah balik semula sebab nak tengok anak-anak dengan isteri. appreciate it sooooo much!!! dan terima kasih jugak sebab perapkan ayam berempah untuk memenuhi selera tekak isteri awak ni. ngeee...



my foot: macam-macam berlaku. and still aku berada di awang-awangan. kepala ni tak berapa nak betul lagi. pada yang visit tu... thanks a million. will visit you later okay!!! huhuhu...

02 October 2010

Okay... Selain malas, susah sikit nak on lappy!!!


ini pun tengah beronline dengan si Anis merayap ke sana-sini.
alhamdulillah... Alya dah okay sikit nampaknya.
cuma kadang-kadang dia carik encik suami.
biasa la anak manja abah katakan.

tadi dia sempat ikut my sis pergi rumah orang kawin.
banyak jugak dia makan katanya.
balik-balik happy je.
tapi biasa la jugak.
sampai rumah je mesti panggil ibu.
hehehe...


aku dengan Anis tak ikut sebab tak muat.
kereta penuh dengan budak-budak je.
so tak ada hal sangat la.
ada jugak budak-budak yang tak pergi.


wah... nak cerita pasal malas online.
tapi tercerita pasal benda lain pulak.
ngeh...ngeh...ngeh...


my foot: nak bawak si kecik ni mandi la kejap. kalau rajin aku sambung lagi ek?!

Lagi bayi meninggal tesedak susu!!!



lagi berita menyedihkan. bayi berusia lima bulan tersedak susu dan meninggal duani di bawah jagaan si bapa. puncanya si bapa tertidur selama dua jam. bila sedar je bayi dah biru dan air keluar meleleh daripada mulut si baby.

nak buat macam mana. dah takdir. tapi kalau dah si bapa tu terlalu penat, cukup dengan bagi susu je. jangan bagi baring. anak baring, bapak pun sama baring. memang tertidur la alamatnya. biar tersengguk masa bagi susu daripada menangis tak berlagu kan?

bila dah tertidur tu, botol susu still dalam mulut baby. tu yang buat dia tersedak tu sebab dia kan kecik lagi. sendawakan baby pun penting. ahad lepas pun ada kes yang sama. hakikatnya... bawah jagaan siapa tu tak penting. yang penting, macam mana jaga.

kalau setakat baby tu diberi minum sendirian, baik tak payah. sebab tu gunanya orang besar untuk pantau. kalau baby dah boleh grip and hold botol tu sendiri lain la. cuai jaga memang ada la akibatnya walaupun tak ada niat ke arah tu.

tapi semua tu kuasa Allah. berpegang pada satu hakikat dah redhalah. daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jugalah kita kembali.

berita lanjut di sini


my foot: peringatan kita bersama!!!

pic from Google Image file and news from Metro Online

01 October 2010

Alahai... di manalah mood saya ni berada! Kamu ada jumpa?


ni entri pertama untuk hari ni.
october 1st.
dasar pemalas.
hahaha...

mood aku hilang entah ke mana.
puas cari tak betemu jua.
cewah...

actually, lepas Anis okay daripada demam...
Alya pulak demam.
biasa la kalau Alya demam.
meragam lebih sikit.


serba-serbi tak kena.
mengalahkan si adik.
mood yang dah sedia out tu memang out la.

kesian jugak kat dia.
nak mengadap lappy pun tak ada mood.
cuma tadi la pujuk dia tengok something dalam internet.
baru dia okay sikit.


sekarang ni tengah tunggu nasi air dari kedai.
nak bagi si kecik aku yang dua orang ni makan la.
Alya susah nak makan nasi.
bila pujuk nak belikan nasi air...
baru dia kata okay.

hopefully dia nak makan la.
kamu dah makan?


my foot: sebab apalah si kecik dua orang ni demam. mujur la tak meragam sangat. kalau tak pening jugak.

30 September 2010

Rasa macam nak buat GA "Rush Hours!!!". Agak-agak ada tak nak join? Hehehe...


hajat hati nak buat GA ni memang dah lama.
tapi entah la nape tak buat jugak lagi.
malas kot.
hehehe...

hadiah pun dah ada.
ingan nak buat macam dni la.
kalau dni buat 3 jam.
aku nak up sikit 5 jam. 
tak pun sehari.
boleh gitu?

ciplak idea awak ke sis?
hehehe...
plan dah lama cuma tak tau la.
baru-baru ni macam terfikir la jugak.
sesekali buat GA pun okay jugak.

asyik masuk GA orang je kan?
kamu setuju?
kalau ramai setuju boleh la buat GA.


my foot: masa belajar dulu banyak jugak kumpul hadiah bila melawat tempat-tempat orang or tengok barang je berkenan. dah ada tu boleh kasi kat follower sendiri kan? hmmm... still thinking!!!

Jom masak kek. Mood tengah baik nak buat kek ni. Hehehe...


mood untuk masak kek sangat la baik. bukan susah sangat pun buat kek. senang je. main campak-campak dah siap. nak buat kek kukus coklat ambik masa sikit. mengukus saja dah makan masa 2-3 jam. huh!!! tapi hasil memang lumayan. ada pulak ganache coklat. meleleh wa cakap lu.

hehehe... tapi hari ni buat kek bakar je. sebabnya kek bakar ni tahan la sampai dua hari. kalau kukus tu kejap je dah hilang. serdak pun tarak. ada pun lebihan ganache coklat tu je. huhuhu...


tengok pics. senang je kan? mula-mula masukkan dua cawan gula ising dengan dua cawan marjerin. pukul sampai kembang semangkuk. dua mangkuk pun boleh. lepas tu tambah esen vanilla. kasi wangi sikit kek. nak tambah parutan kulit oren pun boleh. ikut suka. lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji ( 7 biji semuanya. macam dragon ball la pulak! )


dah settle yang tu... kita start guna tangan pulak. jangan kacau guna tangan. habis jahanam kek tu nanti. guna la senduk kayu. masukkan tepung ( 2 cawan tepung gandum dengan 2 cawan self-raisin flour. ayak bersama-sama. ) kacau bentuk angka 8. test la nak tahu macam mana rupa angka 8 tu ye. ikut la nak letak pewarna ke tak. lenserkan loyang kek. letak la dalam tu. hentak-hentak sikit kasi mampat.


kek ni boleh dapat dua tau. satu aku letak bekas 4 segi. siap letak coklat urai sebagai hiasan. satu lagi bentuk bulat je. yang bulat tu kaleful sikit. ada hijau, ada merah. hasilnya? walah... cuba la kalau nak tahu. kalau rajin boleh letak krim. pemalas macam aku ni makan je macam ni. hehehe...

macam la ada yang nak cuba resepi aku ni kan? hahaha... tak apa. anak-anak dah besar nanti boeh tengok resepi kat blog ibu dia ni je.


my foot: mahu buat macaroni and cheese. my faveret. eleh... macam orang putis pulak!!! tapi tak tahu lagi bila nak buat. ngeh... ngeh... ngeh...

Sambungan kelebihan Selawat yang kita perlu tahu...

sambungan daripada entri ini.




16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

29 September 2010

Mood untuk berblog jatuh merudum!!! Kenapa ye?


sebenarnya aku tak berapa sihat. Anis pun tak sihat jugak. demam. sekarang ni mengadap laptop lama sikit buat kepala aku sakit. jadik malas nak mengadap laptop ni lama-lama. mujur jugak Anis demam tapi tak meragam. huhuhu...


post ni pun untuk semalam tapi tengah menaip, disconnect. pastu dah tak nak re-dial lagi dah. tutup laptop and tidur je la. hehehe... kebetulan pulak mood memang tengah out. ni kira okay sikit la ni. teuk kalau penyakit macam ni datang kan?


harap-harap tak lama la. macam mana dengan pagi kamu hari ni? okay?


my foot: mahu tidurkan Anis. baru boleh buat kerja lain lepas tu.

28 September 2010

Sata! Alahai... sedapnya!!!


siapa pernah makan sata? 
ada yang tak pernah ke?
sedap kan?
aku suka sangat sata.

tapi bukan semua orang buat sata sedap.
kebetulan ayah aku baru balik daripada Kuantan.
dia mesti lalui dekat Tanjung lumpur dan singgah beli sata kat situ.

sedap satanya.
panas-panas pulak tu.
kecur liur aku ni.
hehehe...


my foot: nak pergi makan sata lagi la. kamu nak jugak? moh le ke sini.

pic from Google Image file

Filem animasi Jepun bahaya!!! Kamu peminat filem animasi?


aku suka jugak tengok cerita animasi ni. tapi bukan semua cerita. ada yang boleh tengok. ada yang biasa-biasa je. memang orang Jepun ni suka buat kartun animasi agaknya. dan selalunya jugak, kalau kita tengok... si lelaki akan pakai full dress. yang perempuan memang seksi gila.

tarikan kartun animasi ni memang lebih kepada perempuannya la. tak tahulah kenapa. pemikiran dia orang dengan seksikan watak akan dapat tarik lebih ramai penonton kot.


KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. -Kosmo! online

kamu suka tengok animax? kartun anime? jangan taksub animasi sudah la... hehehe...



my foot: jom layan upin ipin je la. ngeee...

pic from Google Image file and news from Kosmo! online

Anak sulung Sosilawati kecewa dengan laporan media. Kenapa ya?


anak sulung Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan laporan segelintir media yang membuat pelbagai andaian mengenai pembunuhan kejam ibunya serta penyebaran mengenai nilai aset yang dimiliki ibunya.

katanya lagi, ada spekulasi yang tersebar membuatkan dirinya tidak selesa kerana sumbernya tidak dirujuk kepada pihak polis tetapi datangnya daripada pihak lain. 


“Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami.
“Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya.
“Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya.
Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka. -mstar online

 betul la tu sepertimana yang dikatakan. bab-bab harta berjuta tu tak payahlah nak cakap dengan orang. tak payah sebarkan pun. daripada orang tak tahu, dah jadik tahu. walaupun benda tu betul sekalipun, ada benda yang tak patut jadik bahan berita utama.
boleh jejaskan keselamatan dia adik-beradik. penjenayah bukan ada seorang je kat Malaysia ni. bukan ada seorang je yang ganas. bukan ada seorang je yang berhati kering. tapi sebab benda tu bahan berita, kita tolak tepi faktor-faktor lain. tak patut kan?
apa-apa pun... buat anak allahyarham, kena sabar banyak-banyak. ni semua dugaan buat diri kamu.
berita tentang ini ada di sini.

my foot: setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan?!
pic from Google Image file
news from mstar online

27 September 2010

Alahai... cepatnya habis!!! Baru je minggu lepas beli.

Alya sekarang ni sangat kerap minum susu. kejap-kejap mintak susu. tak sampai 10 minit hisap susu, dia mintak susu lagi. nasi dia makan jugak tapi sangat sedikit dan sangat jarang. kadang-kadang tu kena paksa makan. kadang-kadang tu paksa pun dia tak makan jugak.

ikut suka dia dan mood dia macam mana. ada masa bila makan beramai baru dia nak makan. ada masa pulak dia memilih nak makan dengan siapa. itu yang susahnya tu. kalau dengan sepupu-sepupu dia tu memang susah sikit. jenis yang dah besar tu kita arahkannya je. dia orang mesti suap punya. kalau yang kecik?

huhuhu... hari ni ingat nak turun ke town kejap. nak belikan susu untuk dia. yang ada sekarang ni pun cukup untuk dua tiga kali buat je. lepas tu habislah. usually dia minum dugro coklat. sebarang jenama as long as coklat. yang lain dia memang tak nak.

yang ni la susu dia biasa minum. tapi ni perasa asli.

yang ni substitute kalau dugro tak ada...

daripada susu mahal sampai yang biasa-biasa semua aku dah tried bagi. last-last perasa coklat ni jugak yang dia nak. alhamdulillah... dia nak jugak minum susu formula. Anis pun sama. nak jugak minum susu formula walaupun sikit.

sekarang ni untuk Alya we plan nak tukar susu. susah sangat nak makan... kita carik susu yang ada extra makanan tambahan di dalamnya. macam ni:


tak tahu la berapa lama pulak boleh tahan. harap-harapnya dia tak ada masalah la minum sustagen junior ni. perasa coklat jugak. kalau dia minum... untuk Anis akan kekalkan dengan dugro ataupun dutch lady 123. sebab Anis suka makan. tak ada masalah pada si kecik tu. makan je kerjanya. 

huhuhu...


my foot: mahu pos barang dan survey barang jugak nanti!!!

pics from Google Image file







nnn

Bila si cantik manis Lisa Surihani bertudung!!!


cantik si Lisa ni kan?
manis je nampak kalau dia bertudung.
ini salah satu watak yang dipegang dalam Tudung Ekpres.
ramai yang mmuji penampilan si manis ini dalam drama bersiri tu.

peminat-peminat pun mengharapkan benda yang sama.
agar Lisa Surihani tampil bertudung secara permanent.
eh... eh... macam kerja pulak bunyinya.
tapi biarlah si cantik ini melakukan atas keinginan sendiri.

buat sebab orang pun tak ada guna.
buat sebab nak berfesyen pun sama jugak.
tak ada gunanya.

mahu tahu lagi? kamu boleh jengah ke sini tau...



my foot: kenapa ye untuk iklan-ikln produk pemutihan mesti ambik orang yang dah sedia putih kulitnya? dia orang ni nak tipu siapa sebenarnya? huhuhu...

pic from Google Image file

Siapakah artis veteran yang ditangkap khalwat itu?



akhbar atas talian melaporkan tentang artis terkenal era 80-an dan awal 90-an yang ditangkap JAWI atas tuduhan berkhalwat. artis berkenaan mendakwa beliau datang berhari raya di rumah wanita itu. okay... masih musim raya kan?

tapi kalau kena tangkap around 11.45 malam, tu nak beraya apa namanya? tak ada maknanya nak beraya sampai dekat pukul 12 malam. kalau betul datang beraya, bawaklah orang lain temankan. awak tu lelaki. dia tu perempuan. kan dah kena tangkap free. siapa yang malu? awak jugak...

berita lanjut di sini.


my foot: siapakah beliau???

pic from Google Image file

Installing Love... Install jangan tak install!!!





Tech Support: Yes, ... how can I help you?

Customer: Well, after much consideration, I've decided to install Love. Can you guide me through the process?

Tech Support: Yes. I can help you. Are you ready to proceed?

Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready. What do I do first?

26 September 2010

Berapa harga isteri kamu???



Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Allah... Jadi kilang manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cecacing siber paling bahaya: Stuxnet!!!


 cecacing siber paling berbahaya sudah menyerang 7 buah negara.
kali ni negara terbaru serangannya ialah Iran.
cecacing siber tu diberi nama STUXNET.
siapa la yang baik hati sangat cipta benda yang tak berfaedah ni?


TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.
Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

sumber: Kosmo! Online.

my foot: bukan setakat virus pada alam maya tapi dalam dunia nyata ni macam-macam ada kan?

pic from Google Image file

Happy Birthday to all my beloved!!!


sepatutnya entri ni dipost semalam.
tapi akak ni la terlupa nak postkan.
hehehe...

semalam jugak birthday certain members in the family.
my brother, my nephew and my SIL.
ada 6 orang yang celebrate birthday dia orang bulan 9 ni.

my nephew memula sekali on the 2nd...
kemudian si kecik aku... Nur Anis Insyirah on the 5th.
my nephew again on 23rd.
lastly... yang tiga orang as I mentioned above.

tapi yang a bit kelakar pada aku la...
my bro dengan my nephew yang celebrate birthday semalam ni memang tak link.
aku pun tak tahu kenapa.

kalau dia nampak abang aku ni datang, sure dia lari.
bukan setakat lari cari pelindungan... tapi menangis.
tak serasi agaknya.
my nephew tu baru je masuk 2 tahun semalam.
and my brother is 40++.
my SIL pulak 30++.

and the the nephews yang celebrate birthday on the 2nd and 23rd tu... sebaya!!!
sama-sama ambik UPSR dan sama-sama ikut lawatan ke KL semalam.
macam kembar tapi bukan kembar.
hehehe...

Happy Birthday Guys!!!
Wish you all the best in life...


my foot: open house dengan birthday celebration tak jadik nak buat. pengurus sudah lari. hahaha...

pic from Google Image file

Bila kita sayangkan seseorang... sanggupkah kita???


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21. Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US. Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.  In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of Chemo to end.


In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss. 



An unusual accessory at the wedding was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.  The other couple in the picture is Nick's parents. Excited to see there son marrying his high school sweetheart.


Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends.


At the reception, Katie had to take a few rest breaks. The pain wouldn't allow her to stand up for long periods.


Katie died five days after her wedding day. 

Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think..... Happiness is reachable, no matter how long it lasts. We should stop making our lives complicated. 


Life is short ...  kiss passionately, love truly, laugh constantly 
And never stop smiling no matter how strange life is 
Life is not always the party we expected to be 
but as long as we are here, we should smile and be grateful.


my foot: touching story, isn't it?

Husband Of The Year Awards go to... tadaaaa...

the honorable mention goes to:

THE UNITED KINGDOM!!!

... followed closely by

THE UNITED STATES OF AMERICA!!!

and then...

POLAND!!!

but 3rd plcae must go to...

GREECE!!!

it was very very close. but the runner up prize was awarded to...

SERBIA!!!

and the winner of the husband/partner of the year is.....

IRELAND!!!

ya gotta love the Irish. the Irish are true romantics. look... he's even holding her hand!!!

woman has MAN in it;
mrs. has MR. in it;
female has MALE in it;
madam has ADAM in it.

okay, okay!!! it all makes sense now. i never looked at it this way before...
Ever notice how all of women's problems start with MEN?



MEN tal illness
MEN strual cramps
MEN tal breakdown
MEN opause
GUY necologist
and ... when we have REAL trouble, it's a HISterectomy..



Send this to all the women you know to brighten their day.

Send this to all the men just to annoy them ......hahaha!!!



my foot: Malaysia belum masuk dalam senarai ye!!! ngeee...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign